20 May, 2016

Rutin Bulanan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rutin Bulanan | Setiap bulan akan ada perhimpunan bulanan bahagian. So,pagi tadi untuk bulan Mei tu yang nieyl tak sempat nak singgah blog kakak² , adik² pagi tadi. So, apa yang menariknya pergi perhimpunan bulanan bahagian nieyl nie.ha..kalau korang tahu,korang pun suka..hihi..

First tu seperti biasa kita ada nyanyian negaraku,lagu jabatan kemudian doa. Selepas tu baru start acara laporan berita² terkini di bahagian setiap bulan. Dalam tu perkara yang wajib memperkenalkan pegawai yang baru,penghargaan kepada yang bertukar keluar,ada anugerah pekerja contoh setiap bulan, berita kelahiran,berita musibah,berita sukan dan yg paling best berita hari jadi.hihi..

Yang best ada doorgift setiap kali perhimpunan. Ha bulan nie dapat buku doa-doa harian dan makanan dalam paper bag tu..Siapa yang datang awal dia akan dapat lebih sikit dalam paper beg tu..mana² yg datang lambat,dapat biasa² je...so,far nieyl datang awal..sbb tu dapat macam² dalam doorgift..
Ha..ini lah yang nieyl dapat dalam doorgift pagi tadi,kalau yang lambat tu tak dapat la kopi..hihi.. walaupun kecil barangnya tapi seronok dapat benda free..hahaha..
Sesi penyampaian sijil untuk pegawai contoh..yeay..kak naz dapat untuk bulan Mac 2016..
Kak aya dapat untuk bulan April. Caya laa..rezeki dieorang. Seronok bila kerja dan usaha bekerja keras di hargai. :)

Untuk perhimpunan pagi tadi ada lucky draw tau..lebih dr 20 biji mug dan 4 hadiah utama. Best sgt...itu yang sentiasa menceriakan bila datang perhimpunan. Dalam pada berkumpul, dengar amanat yang disampaikan kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.


Acara terakhir setiap kali perhimpunan adalah sesi potong kek birthday. Ha..bulan nie kita potong pulut kuning pula ya..picture tu salah seorang kakak kat opis nie dapat surprise dari en.suami sejambak bunga...ala..sweetnyaaaa...macam gulaaa...jeles i okey..hihi..couple yang bahagia nie..semoga terus dimurahkan rezeki dan berjaya di masa akan datang. 

Kat office korang macam mana?
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

1 comment:

  1. wah! dapat kopi utara, mesti di keluarkan orang utara...

    So sweet couple tu kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)