Review :Nail buffer

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

4 step nail buffer | Sejak² tahu menggunakan nail buffer nie, sebulan 2x mesti kasi kuku berkilat..ceh!berkilat la sangat kan. Padahal,balik kerja membasuh tak berhenti².. Tak ada maknanya nak berkilat sangat ya.. Tapi kalau kat office, terajin kadang² mengilatkan kuku. Nak pergi mani pedi entah bila. Tapi kalau ada peluang tu,memang nak try mani pedi ni..nampak seronok je orang dok bersihkan kuku kita,kilatkan kuku kita..

Meh nak share sikit apa yang nieyl bejar dalam kelas grooming session masa pergi kursus bulan Feb yang lepas. Dalam kelas tu dia ajar macam mana kita nak gunakan nail buffer ni dengan betul. 


Sebelum tu, korang boleh beli nail buffer ni dekat guardian harga dia dalam RM5.++ tapi nasiblah sebab nail buffer nie sangat² hot, asyik nak beli je habis..So,nieyl syorkan kalau nak beli tu beli la 2 atau 3 standby...huhu..bagi yang mementingkan kecantikan kuku..dia akan buat macam tu.Dalam handbag mesti ada 1..


1st Step | Ok yang kasar² hitam ni kita gunakan untuk membentuk kuku. Bagi kuku kita tu terbentuk cantik je. Nak guna kan dia,hanya pada 1 arah sahaja. So,jangan kiri kanan kiri kanan tau..nanti rosak kuku nanti.


Step 2 | Gunakan bahagian yang berwarna hijau ini untuk membuang kotoran yang ada pada permukaan kuku kita tu. Nampak je kuku kita tu bersih kan. Try gosok tengok apa yang akan terjadi atas permukaan kuku kita tu.
Nampak tak?dia akan keluar habuk² halus berwarna putih. Ha..kalau sesiapa yang tak pernah buat kuku, mesti habuk lagi banyak. Sebab nieyl dulu pun first time buat,banyak habuk mahu taknya bertahun kot tak pernah gosok macam nie buang habuk kuku..hihihi..


Step 3 | Lepas kita dah kikis habuk² tebal tu, gunakan yang berwarna pink ni untuk meratakan kembali permukaan kuku yang kita dah kikis habuk tadi tu dengan cara depan belakang depan belakang.


Step 4 | Langkah yang terakhir yang nieyl suka sangat adalah melicinkan permukaan kuku supaya bersinar bak berlian..cehwah!

Ok,ini buktinya..sebelum dan selepas tetapi harus di ingatkan kalau korang nak dapatkan kuku yg licin seperti nieyl nie,make sure korang kena ikut setiap step yang nieyl bagitahu tadi jangan skip.. Kalau korang tak ingat step nie tak apa..dekat nail buffer tu dia ada tulis nombor 1-3 so, korang ikut sahaja nombor tu okey.. kalau nak sentiasa berkilat, lepas langkah yang terakhir korang boleh sapu kuku korang dengan vitamin pengilat kuku.. :)

Oklah sekian,ini sahaja yang nieyl nak share ngan korang petang nie...selamat mencuba...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. kalo time rajin mmg suka buat.. kalo time malassss ntah kemana2 hilang benda ni.. hahahah

    ReplyDelete
  2. tak reti guna nail buffer ni 😅😅 tapi nieyl dah tunjukkan caranya boleh cubalah lepas ni ☺️☺️

    Rahsia wajah saya cantik berseri

    ReplyDelete
  3. mcm akak ni nieyl tak guna pakai nail butter ni...kuku kuning selalu...almaklum laa dok pegang2 kunyit ajek haahahhahahah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...