Penyingkir Toksin Dari Tubuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Penyingkir Toksin Dari Tubuh | Sejak berdiet nie rajin pula jari jemari ni mencari info pemakanan untuk diri sendiri tapi nieyl share kat sini supaya kita sama² menambah ilmu pengetahuan :). Hari ini nieyl search tentang makanan yang boleh singkirkan toksin dalam badan. So, ini antara yang nieyl dapat. 

Berikut adalah makanan detoks yang boleh kita amalkan. 

1. Avokado
Memang harganya akan mahal tapi berbaloi kerana ia kaya antioksidan. Salah satu unsur antioksidan yang terkandung di dalamnya adalah glutathione. Ia akan membersihkan tubuh dengan cara mengeluarkan unsur yang beracun dari tubuh menjadikan tubuh rasa lebih sihat dan segar. 



2. Cranberry
Buah ini baik untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan menyingkirkan racun yang mendap selain bersifat antibakteria. 


3. Kubis
Menurut Food Fermentation Laboratory, U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service, North Carolina State University, kubis sarat dengan unsur sulfur yang penting untuk membantu menyingkirkan racun dalam makanan dan ubat-ubatan yang masuk ke dalam tubuh. 


4. Lemon
Lemon sudah diketahui ramai buah kaya dengan khasiat. Ia mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkannya dari toksin. 


5. Brokoli
Jika anda tidak suka brokoli, seharusnya anda belajar menyukai sayur ini. Brokoli mempunyai enzim yang dapat membantu sistem pencernaan tubuh bekerja dengan efisien. Brokoli mentah adalah yang terbaik kerana nutrisi di dalamnya masih penuh, belum terjejas akibat proses pemanasan. 


6. Bawang putih
Seperti kubis, bawang putih juga kaya akan sulfur untuk membersihkan tubuh dari dalam. Bawang putih juga memiliki sifat antibiotik yang membantu memulihkan radang. Ada banyak kelebihan dari kesihatan jika mengamalkan bawang putih secara teratur. Kini di pasaran sudah ada suplemen bawang putih. Tapi bawang putih segar tetaplah yang terbaik. 


7. Limau
Dalam catatan Journal of Agricultural and Food Chemistry tahun 2013, buah limau ini dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah pembentukan batu ginjal. Ia juga rendah kalori yang baik untuk diet. 


8. Biji bunga matahari
Jika mahu makan jajan, ambil yang ini. Ia menolong proses detoks pada bahagian hati. Selain mencegah penumpukan kolesterol yang membahayakan jantung dan pembuluh darah.

Alhamdulillah,mesti semua makanan di atas tu kita selalu makan kan. So, lepas ni boleh kita amalkan semuanya dalam rutin harian pemakanan kita. Terus jaga kesihatan,jaga pemakanan :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Majoriti makanan untuk singkirkan lemak ni memang makanan harian kita kan, except Avocado..Thanks info Nieyl.. :)

    ReplyDelete
  2. MKN PERLU PILIH YG BAIK SAJA AGAR TUBUH SHT SELALU.

    ReplyDelete
  3. good sharing. saya paling suka yang no.8 tu

    ReplyDelete
  4. Okayh..xsabar nak beli brg..nak kurusssssss..;(

    ReplyDelete
  5. aina amal kan minum lemon pagi before breakfast n malam before tdo. Kdg kdg terlebih makan yg goreng goreng perut x sedap... =)
    Btw, Nice sharing sis.. Thank you.=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...