Mohon Restu Seorang Ibu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Restu Seorang Ibu | Setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan seorang ayah dan seorang ibu. Di mana ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan manakala ayah pula bekerja keras siang dan malam untuk mencari rezeki memberi makan, memberi pelajaran. Mereka adalah insan² yang paling mulia yang kita ada di muka bumi ini. Dan tidak mungkin boleh di ganti dengan sesiapa pun.



Tidak kira apa yang kita lakukan restu ibu dan ayah adalah perlu. Bukan sahaja, bila nak kahwin baru nak minta restu ibu ya.. setiap yang kita lakukan seperti setiap kali ke sekolah, nak exam, nak pergi interview..apa sahaja..minta resti ibu dan ayah..semoga segalanya dipermudahkan. Dan jangan lupa doa ibu adalah makbul dengan izin Allah.

Untuk peringatan diri sendiri juga, hargai ibu dan ayah selagi mereka sihat, selagi mereka bersama kita. Berikan sepenuh perhatian dan kasih sayang pada mereka seperti mana mereka lakukan pada kita seawal kita di lahirkan di dunia sehingga sekarang.. :(

I LOVE U MOM AND DAD..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...