03 May, 2016

Kesan Bahaya Jika Kerap Minum Air Detox Lemon

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kesan Bahaya Jika Kerap Minum Air Detox Lemon | Sebelum nie berebut-rebut orang nak buang toksin dengan buat dan minim air Detox kan. Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. 

Lemon mejadi pilihan kita yang berdiet  tapi ada juga buah-buahan yang lain pun digunakan, tapi majoritinya lebih gemar menggunakan air lemon. Tapi tahukah kita  dengan meminum air lemon secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. 
 

Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini.

1) Hakisan gigi 
Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. 

Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid. 

2) Pedih ulu hati 
Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini. 

3) Kerap buang air dan dehidrasi 
Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air. Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.

Nasihat!
Boleh minum tetapi jangan minum secara berlebihan. Jaga kesihatan diri okey!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 comments:

  1. Kakak tak buat detox tapi kakak memang tiap hari minum perahan lemon+madu
    Kakak suka sebab rasa dan aromanya..
    Tak sangka bahaya juga ye..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik la akak xde hari2 minum..kalau tingat jer..hehee

    ReplyDelete
  3. Tulah ada dengar cite jugak Nieyl....Nampaknya kena jarang jarangkan lah lepas ni

    ReplyDelete
  4. hindari masalah gitu demi kshtan.

    ReplyDelete
  5. ye betul tu.. jangan berlebihan dalam apa jua aktiviti/pemakanan .. wasatiah adalah lebih baik.. 😊

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..terima kasih perkongsian ini ya..kalau tak silap PC lemon ini salah satu cara mengelakkan kanser..tapi itulah..dalam apa pun tindakkan kita..besederhanalah..

    ReplyDelete
  7. jangan berlebihan kot kan, sebenarnya kena tahu dos yang baik diambil.

    ReplyDelete
  8. Asid mmg menghakis...takut tgk kesannya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)