13 May, 2016

BARLI apa yang perlu kita tahu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Barli | Kalau pergi kedai makan, selalu perasan ramai yang suka order air barli panas. Rupanya air barli ni tersangat lah baik bukan sahaja menghilangkan dahaga tapi mampu mengurangkan kepanasan dalam badan.

Barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein, karbohidrat serta vitamin dan galian. Dalam serat pemakanan ada 2 jenis,yang mudah larut dan tidak mudah di larutkan. Barli ada kedua-dua 2 jenis ini. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan baik dan sihat.





Perkara yang perlu tahu tentang kebaikan barli

1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain. 

2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. 

 3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku. 

 4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi. 

 5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. 

 6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. 

 7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. 

 8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

 9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat. 

 10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh. 

 11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. byk khasiat barli nie kan..akak pun suke minum air barli kalau gie mamak..tp bukan yg panas tau..opkos la yg sejukkk..nyamannnn..hehe

    ReplyDelete
  2. Antara minuman favourite hubby & anak akak bila makan kat luar :)

    ReplyDelete
  3. SALAM JUMAAT NIEYL TKSH PERKONGSIAN INFONYA.

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat barli rupanya. hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau anak demam mmg selalu minum air barli ni Nieyl

    ReplyDelete
  6. Banyak khasiat barli tapi siqah tak minum air barli. Siqah tak suka minum air yang ada biji2. Air kena plain je takde bendasing. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)