Suka tahan kencing,Ini akibatnya!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kadang² tak faham kenapa perlu tahan kalau nak kencing..
Ya..tahu,keinginan membuang air kecil ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga.
Kadang-kadang waktu sedang sibuk bekerja, ketika memandu, bermain game online dan sebagainya.

Pernah dengar orang kata Tak apa, biarlah dulu, tunggu sampai betul-betul dah tak tahan barulah pergi tandas! Itu yang menjadi berpunca daripada malas nak ke tandas sebab jauh, tidak ada masa kerana sibuk memberi tumpuan pada kerja dan ada juga yang hanya ambil mudah tentang perkara ini.

Meh nak bagitahu kat mereka² yang suka benor nak tahan² kencing nie...

  1. Menahan pembuangan sisa kotoran dalam tubuh
Siapa yang nak kotoran ada dalam tubuh mereka? semua mesti tak nak. Tapi jika anda menahan daripada membuang air kecil, bermakna anda telah membiarkan kotoran terbiar lama dalam tubuh. Ini akan menyebabkan jangkitan lain terhadap tubuh anda daripada zat-zat berbahaya yang terdapat kotoran itu.

 2. Merosakkan organ pencernaan
Organ pencernaan terdiri daripada buah pinggang, pundi kencing dan saluran kencing. Apabila anda tahan waktu buang air kecil anda, organ-organ ini akan turut terjejas dan terganggu fungsinya. Makin lama, tabiat ini akan merosakkan organ-organ tersebut dan mendatangkan penyakit lain.



  3. Jangkitan pada buah pinggang
Kenapa kencing aku berdarah ni? Puncanya sebab anda suka tahan buang air kecil. Ini terjadi kerana pengumpulan air kencing yang sarat dengan kotoran di buah pinggang anda sehingga menyebabkan jangkitan, sehingga menyebabkan kencing anda berdarah.

  4. Penyakit batu karang
Yang pernah kena pasti akan tahu derita sakit batu karang ini. Ia terjadi disebabkan pengumpulan air kencing dan mengeras sehingga membentuk seperti batu kristal. Batu karang akan menyumbat saluran kencing anda, sehingga sukar untuk kencing dan sangat sakit.

  5. Sakit ketika membuang air kecil
Ini disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing anda. Ia akan menyebabkan anda sakit sepanjang membuang air kecil dan ada situasi terjadi anda akan sangat sakit di bahagian kepala penis ketika hendak habis buang air kecil.


  Ingat, sikap mengambil mudah, akhirnya yang menyusahkan adalah diri sendiri. Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. tak elok kan..
    tp tu la.. kdg2 terbuat juga
    huhu..
    tq ats perkongsian ni..

    ReplyDelete
  2. Betul jangan pandang ringan sebab risikonya besar.

    ReplyDelete
  3. dek kerana suka menahan kencing salah sorg ahli kluarga hsna dah pon ada penyakit batu karang.. huhuu..

    ReplyDelete
  4. bahaya tahan kencing ni. buangkan saja bila dah sampai masanya.

    ReplyDelete
  5. Bahaya tahan air kencing. Tapi kadang2 tahan jugak tambah lagi bila banyak sangat kerja dan nak kerja payments. Huhu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...