15 April, 2016

Risiko Bawa Beg Tangan Berat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kalau diberi pilihan,memilih handbeg atau beg tangan..
Nieyl secara automatiknya akan memilih beg yang sederhana besar,
yang banyak compartment dan warna yang soft² gitu..sebab pertama nieyl suka 
beg yang sederhana besar adalah banyak benda boleh sumbat dalam beg..
Tak perlu nak bawa 2 3 beg kan..sekali harung je..  walaupun nieyl ni belum ada 
cahaya mata, kalau tengok handbeg nieyl haha..memang macam orang beranak 1 dah..
segalanya dalam handbeg... bak kata laki kami, lagi besar beg lagi macam almari baju..
segalanya dok sumbat sampai termuntah..hahaha...

Tapi mungkin sebab kita dah biasa,jadi  tidak rasa ia sebagai satu masalah besar. Malah kita akan rasa kekok pula jika beg tangan terasa ringan. Tapi hakikatnya rutin membawa beg tangan berat terutama melebihi tiga kilogram mampu menjejaskan kesihatan tubuh wanita. Ini yang berlaku bila anda beg tangan yang berat setiap hari. Hmm...yg ini nieyl baru tahu nie...tapi tak pernah pula terfikir..
nak timbang berat handbeg nie..nanti nak try la timbang..hihihi..

Sebelum tu,jom kita tengok kesan² yang kita tak sedar ataupun kita sedar..tapi kita jenis buat relax je..

 1. Jejas keseimbangan tubuh
Bila berjalan kaki dan tangan kita akan turut dihayunkan, ini salah satu cara semula jadi untuk tubuh mendapatkan kesimbanganya. Namun apabila kita meletakkan beg pada satu bahu, bermakna sebelah tangan tidak dapat dihayunkan dengan sempurna. Perkara ini dikatakan menjejaskan keseimbangan tubuh.

 2. Pembentukan otot bahu tidak seimbang
Selalunya kita mengenakan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan ini menyebabkan otot bahu dominan ini membesar berbanding sebelah lagi.

 3. Kebas 
Beban pada bahu ini juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit bila ia dipikul dalam tempoh yang lama. Perkara yang sama Ia juga boleh dirasai pada bahagian belakang leher.

 4. Sakit kepala 
Sesetengah wanita akan menghadapi masalah sakit kepala akibat otot bahu dipaksa memikul beban yang berat. Apabila otot pada bahu dan leher kejang, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala yang kemudian akan membawa bahagian depan kepala juga.

That why la nieyl suka n sayang giler kat handbeg yang nieyl pakai skrg nie..
bukan nak menunjuk tau..cuma nak tunjuk kepada nieyl suka pakai handbeg pattern mcnie..
 Handbeg nie dia ada 3 jenis tali..kdg² ada org tak suka...
tapi nieyl suka sebabnya..kalau handbeg nie ringan..nieyl akan pakai handbeg nie..
secara sling bag,boleh silang panjang...silang pendek...

kalau rasa nak bawa handbeg letak kat bahu pun boleh...
sebab ada rantai yang boleh letak kat bahu tu...
kalau nak rasa jalan ala-ala datin..masukkan je tempat pemegang yg kecik tu..
kat tangan...so,sebab itulah nieyl suka handbeg macam nie..universel..

  Cara mengurangkan bebanan beg tangan

Bagi mengelakkan semua masalah di atas berlaku, sebaiknya kita praktikan perkara ini. 

1. Keluarkan barang yang tidak perlu dibawa. 
2. Pilih beg dengan tali yang lebar. 
Ia akan mengurangkan tekanan pada bahu dan mengelakkan kecederaan. 
3.Jangan bawa beg pada sebelah bahu dalam tempoh yang lama..Alih beg pada bahu sebelah lagi. 
4.Elak pakai kasut tinggi kerana kombinasi kasut tinggi dan beg berat adalah bencana. Ia memudahkan akan untuk mendapat sakit belakang dan kecederaan.  
5. Pilih beg yang kecil- kurang barang untuk diisi bermakna kurang berat beg.Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Pergi office je bawak handbag.. ;)

    ReplyDelete
  2. Heee... beg Nieyl ni kakak pakai tahun lepas beli masa nak raya:)
    Tahan lagi tau..

    ReplyDelete
  3. huhuhuuhu... kawan aina klu pgg bag aina, mesti tanya bawak batu ke bawak almari dlm bag.? huaaaa tak tau la pasai apa bag berat noh.. serupa poket doremon pun ada. hehe yg pntg hb aina kna ada dua tali.. hand carry or long strap sng nk galas. =)

    ReplyDelete
  4. Akak berat tau Nieyl..
    Kekawan selalu tanya apa ada dalam tu..
    Apa taknya semua akak sumbat.
    Tambah lagi power bank utk cas handhone dah berat hahha..
    Kena maklum juga ni.. jgn bawa berat2.. :D

    ReplyDelete
  5. beg saya berat macam bawak batu je kat dalam huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. kita suka pakai bagpack yg comel ...senang tak sakit bahu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)