13 April, 2016

Pin tudung tersangkut,rosak shawl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Siapa yang jenis suka pakai shawl macam nieyl nie mesti masalah kita sama..
Takut shawl rosak sebab pin tudung kan?
 Jika tidak tersangkut pun, penggunakan pin tudung secara kerap akan menyebabkan hijab anda lama-lama berlubang. Jadi, mari lihat empat jenis pin ini yang dapat mengelakkan kerosakan ini:

1. Pin elak-sangkut   


Pin ini sudah lama berada di pasaran namun sekarang mungkin sukar untuk menjumpainya. Tetapi ia sangat efektif dalam menghalang kerosakan berlaku kepada hijab anda. Mungkin sebab saiznya menyebabkan anda berfikir tiga kali tetapi percayalah ia sangat berkesan.

2. Pin bermanik   
Memandangkan pin elak-sangkut sukar untuk didapati, jadi apa kata cuba DIY ini.
Ambil satu 'safety pin', masukkan sebiji manik silinder ke dalamnya. Voila!
Manik itu akan menghalang hijab anda dari tersangkut dan koyak.

3. Klip 'binder' atau rambut


Jika anda mahukan kelainan atau anda tidak menjumpai pin hijab anda, cuba pin 'binder' atau rambut. Untuk elak tampak pelik, lekatkan sedikit hiasan pada bahagian atas pin untuk menyamarinya. Pastikan saiz pin ini kecil ya!

4. Butang magnet

Butang ini berasal dari Turki dan ia sudah boleh didapati di Malaysia. Hijabista rasakan ini adalah ciptaan yang genius! Cuba cari butang ini di laman Instagram, pasti anda akan menjumpainya.

* antara 4 jenis pin tudung..yang no.3 tu belum pernah buat lagi tu..
yang magnet pun nieyl belum jumpa lagi..klu jumpa,memang nak beli... :)


sumber:hijabista.com.my
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. lagi parah bila buka pin,sekali dia tertarik benang..habis rosak terus tudung.. tak pernah tahu pun butang magnet ni wujud..hhuhu

    ReplyDelete
  2. BOLEHLA CUBA PIN JENIS GINI CANTIK N SELAMAT...

    ReplyDelete
  3. Binder clip tu kakak tak naklah Nieyl hihi...
    Tapi yg magnet tu cute sangatlah. Kakak terpikat - nanti kakak suruh anak kakak cari kat IG.

    ReplyDelete
  4. kalau tdung dh tertarik dengn pin tu mmg rasa nak marah je .. tu kne mke sure pin tu tajam halus ..hehe




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete
  5. Wahhh, yg magnet tu seyez mcm menarik je :)

    ReplyDelete
  6. yg no 3 tu mungkin saya takkan pakai kot kecuali terlampau terdesak :D

    ReplyDelete
  7. Alamak, kalau guna no 3 untuk pin tudung. Tak tau la camner ghope. Haha ! =D

    ReplyDelete
  8. yang no satu, tak suka guna sebab besaq..

    yang no 2 and 3 tak pernah try lagi..

    yang no 4 hari tu ada nampak jual kat Mydin.. macam2 pattern ada.. cantik.. memang boleh jaga tudung...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)