Nieyl berteambuilding Part III : Gua Gendang Dan Gua Itik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Aktiviti seterusnya adalah jungle tracking ke Gua Gendang dan Gua Itik yang terletak di Pangkalan Hulu,sebelum cerita pasal jungle tracking nie nak share sedikit info berkenanan dengan Gua² nie..

Gua Gendang dan Gua Itik merupakan tarikan utama di Daerah Pengkalan Hulu dan sesuai bagi mereka yang suka aktiviti adventure atau bagi yang mengemari aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Kedua-dua gua ni terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika. 

Gua Gendang juga merupakan sebuah gua yang penuh dengan nilai sejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa era zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. 

Sebelum naik bas untuk berangkat ke Gua Gendang dan Gua Itik, Di Pangkalan Hulu Perak.
Berhenti di rumah berehat untuk sesi pembuangan besar atau kecil sebab kata fasi dalam hutan dan Gua nak buang kat mana..huhu..
Sampai pun agak lewat sikit dari jadual,sebab nak elakkan kan berada di luar terlalu lama sebab time nie cuaca di Utara memang panas.
Apa² pun sebelum memulakan penggembaraan kena buat regangan sikit supaya otot² tidak terkejut.
Untuk sampai ke Gua Itik dan Gua Gendang nie ada cabaran nya..bukan setakat berjalan sahaja, kena naik bukit dan turun bukit..Ianya sangat mencabar,sebab kalau tak fit memang boleh semput tau macam nieyl. Untuk sampai ke check point pertama tu,bukit dia tu boleh tahan tinggi jugak..Alhamdulillah,nieyl berjaya jugak walaupun termengah²..huhu
Sangat berhati² untuk turun sebab takut tergelincir..sebab bawah nie air,jadi..nieyl kena rendahkan badan supaya lebih mudah untuk turun ke dalam air..
My roommate a.k.a my team juga,after die turun tu..Jalan tak sampai 5minit, kaki dia terseliuh sebab tersangkut di celah² batu,sebab bawah air tu banyak batu..so,kita tak boleh nak berjalan mcm atas jalan raya..kita kena rasa dulu kat depan air tu ada apa..

Time ni memang sedih sebab dia tak dapat join,sebab tak mampu nak berjalan dengan stabil.. Berkumpul di check point pertama untuk minum air dan makan kuih..Dapatkan kembali tenaga yang dah hilang separuh jalan tadi naik bukit..
Masih lagi bergerak dalam kumpulan,sebelum masuk ke Gua..Pelbagai pesanan yang disampaikan antaranya, jangan bercakap besar, jangan seronok sangat, jangan buat bising sehingga menggangu hidupan dalam gua nie.
Masa mula² team nieyl barisan depan, bila nak masuk gua kena tukar..duduk barisan last sekali..Adil..
Nampak tak laluan yang kecil tu?
tadaaaa....itulah laluan yang kami kena lalu..berbongkok yea masing².Apa yang boleh dikongsikan perasaan memula masuk dalam gua tu adalah perasaan takut..sebab dalam gua tu sangat gelap..tanpa sebarang cahaya pun..Fasi tutup lampu seketika untuk bagi kami rasa gelap di alam kubur..Allah..
berzikir tidak henti didalam hati..




Alhamdulillah..semuanya selamat keluar dan yang penting ahli cukup tidak lebih dan tidak kurang. :)
















Lepas kena basah 1 badan, kena daki bukit tau...tinggi sangat..lepas tu team nieyl yang pertama di lepaskan untuk mendaki..Allah...memang cukup mencabar,lagi tinggi dari bukit yang first tu.. 4 kali nieyl terpaksa stop, sebab bit jantung terlalu laju..Time stop tu rasa macam bersalah sangat kat ahli lain..kena stop jugak..tapi Alhamdulillah..team nieyl memahami dan support each other..i LOVE MY TEAM!!

Oklah..ini merupakan pengalaman pertama mendaki bukit dan masuk dalam gua.Overall sangat best dan tak mungkin akan dilupakan sampai bila²..cuma kalau nak naik bukit lagi kena fit kan betul² supaya lebih baik.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. wahhhhhhhhhhh bestnye nieyl...akak suke teambuilding mcm nieh...tapi dulu laa..skrang dah tua ni rase mcm tak berkudrat jek ...naik tangga kat umah pun mengah hahaahahaha.... last akak teambuilding gini 5 tahun lepas kot kat felda tekam pahang..best gak masuk gua mcm2 gua mcm nieyl ni laaaa....

    ape pun air mineral terikat tu win heheheeheheh...kreatif2...

    ReplyDelete
  2. wahhhh best giler nie!! akak last buat mcm ni mase BTN tahun 2005 rase nyer! best sgtt tauuuu~

    ReplyDelete
  3. seronoknya niey berteam building mcm ni.. Kak Alycia lama dah tak buat aktiviti panjat bukit, redah hutan, redah sungai.. kalau skrg buat maun semputt huhu..

    ReplyDelete
  4. mencabar sungguh aktivitinya ye.. :))

    ReplyDelete
  5. SERONOKNYA...lama tak team building gini

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak join program sebegini...

    ReplyDelete
  7. wah...cam best je tgk..part yg tak best kena pgg2 laki pmpn je..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...