07 April, 2016

Nieyl berteambuilding Part II

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Meh sambung story hari berteambuilding..Seawal jam 6 pagi dah bangun tapi masih lagi ambil masa untuk sedar sepenuhnya, mandi,solat ,kemas katil semua selesai.
Ini roommate sepanjang 4 hari berada dekat sana,sebenarnya nak tunjuk katil tu..cantikkan macam hotel..huhu..rasanya lepas nie kena tggu jadi vip dlu baru mampu duduk bilik ni lagi kot..hihi..
Sementara menunggu time nak pergi breakfast tu, bergambar kenang kenangan matahari terbit katanya. Kebetulan bilik nieyl tu mengadap pokok² n padang..jadi,dapat jugak la hirup udara pagi yang sangat segar...
Dari bilik nak pergi tempat makan memang agar jauh sikit la,so..ada kesempatan memang akan selfie saja. Lelagi kami² semua nie tak boleh kalau nampak orang selfie...mesti nak penuhkan screen handphone orang..haha..
Gambar nie sebenarnya ada ceritanya, asalnya nieyl ngan roommate dah ke depan jauh jalannya, so..kteorang nak selfie..yg lain² tu kat belakang lagi tu..siap suruh tunggu nak selfie sama jugak..jadi,ini lah hasilnya...

Jam 8.30 pagi aktiviti i lead park  sebelum itu kteorang kena buat 1 bulatan dan main satu permainan tapi nieyl tak ingat apa nama permainan tu. Memang sangat seronok,yang kalah kena denda,yang menang akan dapat duit. 
Yang terkeluar atau kalah akan di benda,nampak tak muka kami ni berconteng² dengan marker pen.. ha..ini lah dendanya..adoi...dah rupa apa dah muka nie rasanya.bermisai bagai..
ha..ha..ha..untuk pertama kali nya kena conteng muka,walau mcm mana pun kena still senyum sebab fun sangat n enjoy.
Ini antara yang kena denda, ada yang macam atok kfc, ada yang berlove² di pipi, ada yang mcm kucing..macam²..tapi nampak tak semuanya happy kena denda. Next time buat lah lagi salah,kena denda lagi...


Kemudian,in group yang kita dah bentuk time ice breaking tu,kita ada mission yang perlu dilaksanakan supaya menjadi juara. Hadiah yang ditawarkan adalah JUARA RM20K..NAIB JUARA RM18K dan TEMPAT KETIGA RM15K.. 
Ini adalah gambar rajah, di mana Fasi terangkan apa yang perlu kita laksanakan untuk menjayakan mission ini,nampak tak tu..nampak macam senang dalam gambar rajah tu..actually kan ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dr semua ahli dalam team.
 First sekali, kena lantik kapten yang akan menggerakkan jentera² dlm team. Dan Fasi akan terang kan apa yang perlu dan tidak perlu di lakukan oleh kapten. So,time nie kapten memang kena faham sepenuhnya sebab dia akan sampaikan pada anak² buah dia dalam team.
 My team : Peringkat 1 : Intelligent School ( Recruit)  Permainan nie memang hanya sesuai untuk orang yang penyabar saje,jujur nieyl kata nieyl memang tidak sesuai utk game nie. Ok,ia bergantung pada Fasi, contohnya, Fasi nak oren 3..so,kena asingkan oren 3..kalau berjaya...hanya seorang sahaja ahli yang dilepaskan untuk next mission..wow!mencabar kan..
 Sementara menunggu dilepaskan tu,kena bertabah dan sabar jelaa..tengok team yang dah berjaya..bagi sokongan kat member kita yang tgh stress buat intelligent school tu..
 Bila dah lepas Intelligent school tu,kena main tayar nie pula untuk dapatkan topi dari kapten.So,kapten yang akan tentukan kita kena buat mission yang mana satu.
 Ini salah satu mission yang kena buat untuk dapatkan seberapa banyak guli yang ada...kena buat berulang² kali sehingga mission berjaya.
ini pun salah satu mission, kena isi air dalam botol dengan menggunakan tutup botol,untuk dapatkan guli,yang ni memang mencabar sebabnya tutup botol tu berlubang... :)

Ini team nieyl,kami menang tempat ke-2 RM18K walaupun kena melabur rm200 untuk dapatkan guli² terakhir dr kumpulan yang menang tempat pertama sebab guli kat tempat mission² semua dah abis,nak tak nak..kita kena berkorban demi mencapai kemenangan..hahahaha..

Selesai awal aktiviti kat i lead park nie dalam jam 12 juga sebab cuaca kat utara sangat panas,so..memang aktiviti luar adalah di hadkan,so...lepas tu macam biasalah pergi isi perut..rehat..sebab jam 2.30 class petang pula :)

*********************************************************************************
Jam 2.30 petang tu aktiviti dalam dewan pula, aktiviti yang ini agak susah sikit. Sebab Fasi hanya bagitahu 1 syarat sahaja iaitu KAKI KIRI TANGAN KANAN dan SUSUN IKUT NOMBOR MENAIK. Cuma kita kena bijak setiap kesalahan yang kita lakukan Fasi akan bunyikan visil. So,pepandai kita la nak fikir apa yang kita tidak boleh buat dan apa yang kita boleh buat..Mencabarrrrr..hihi..
 Masih lagi game dalam group, kena bergilir²,tapi duduk di luar dewan..Bila 1 group lakukan kesilapan,next group akan dipanggil.So,kte x tahu macam mana group lain buat. Kalau group nieyl adalah dalam 15kali juga rasanya keluar masuk..keluar masuk..
 Begini lah aksi kami :)
 Bukan mudah sebenarnya,nieyl pun sampai give up..marah tu jgn ckp laaa..merah² gak muka...haha..
 Time nie dah dapat dah cara² dia...so,tunjuk je laaa...sambil ketat kan muka xnak sembang apa pu ngan Fasi sebab mereka dok kacau supaya kami bersuara. no..no..kami dah tahu daahhh...taktik tu..
 Banyak sebenarnya yang kita boleh dapat dr aktiviti ni,pada nieyl kan..kesabaran,team work tu memang sangat penting tidak kira la pangkat apa pun kita ni sebenarnya sebab one day kita akan minta pertolongan orang lain jugak,kita tak boleh bekerja seorang diri. Okey,selesai sudah aktiviti petang tu,minum petang dan berehat..Jam.8.30 malam ada aktiviti malam pula.. :)

*********************************************************************************
Biasa kita panggil game nie burung hantu kan,aktiviti ni untuk persediaan untuk aktiviti seterusnya nanti..Nak tahu?stay tuned ok.. 1 group ada 7 atau 8 orang.. 6 tutup mata dengan kain hitam dan bisu, manakala seorang sahaja yang celik tapi bisu juga dekat belakang sekali,yang kena bagi arahan pada org depan² dengan menggunakan isyarat. Ikut suka la..janji semua ahli faham dan berjaya cari nombor² yang telah disembunyikan.







Macam² aksi kita nampak,Alhamdulillah laaa..nieyl berjaya juga laa..itupun rasa dunia nie gelap sangat. Ada jugak yang jenis mengenakan team lain,ada juga yang memudahkan.. Apa² pun team nieyl yang last skali buat mission tapi berjaya dengan jayanya.

Ok..dah panjang sangat pula entry nie..haha...nanti sambung lagi yea...:)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Seronoknyaaa Neyl sesekali cenggini....dpt merapatkan yg jauh gitu hihi....

    Haha...pompuan ngan selpie mmg tak boleh dipisahkan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)