Nampak sama je papan tanda tu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau kita menggunakan laluan darat iaitu jalan raya kita mesti akan nampak papan tanda
sepanjang perjalanan ke destinasi kita nak pergi kan..

Memang selama ini tak hairan pun pasal papan tanda jalan raya nie sebab pada nieyl
ianya hanya lah petunjuk arah jalan je pun,jadi tak pernah tahu pun kenapa ada papan tanda
warna biru , warna hijau, warna putih dan semua nampak sama je kan..
rupa²nya uolls..papan tanda ni berbeza mengikut warna..hihi..

umur 28tahun baru lah tahu..teruknya..korang nie tahu ke idak?
ke sama je..hihihi...Okey² hari ini kita ambil tahu ya..

1. Warna Papan Tanda Yang Berbeza

Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza.

 Papan tanda berwarna biru mewakili jalan persekutuan yang tidak bertol, negeri dan perbandaran jalan raya.

 Papan tanda berwarna hijau maksudnya lebuhraya Express yang bertol.


2. Jenis Jalan Raya Menurut Huruf dan Nombor.


Huruf E di depan menunjukkan lebuhraya Tol express.
 Contoh, E2, E12 dan sebagainya.

 Digit di depan menunjukan lebuhraya perseketuan.
 Contoh 302, 501, 23 dan sebagainya

 Gabungan huruf selain E dan digit menunjukkan lebuhraya negeri.
 Contoh N10 mewakili lebuhraya di Negeri Sembilan.   


3. Warna Huruf Papan Tanda

Perbezaan warna huruf menunjukkan nama jalan atau nama kawasan.
 Warna kuning menunjukkan nama jalan.
 Putih menunjukkan nama bandar atau kawasan.  


4. Anggaran Jarak Destinasi
Nama destinasi disusun mempuyai maksud yang berbeza. 
 Destinasi/ tempat yang paling bawah di papan tanda menunjukkan dekat.
 Yang paling atas menunjukkan paling jauh.


5. Papan Tanda Berlainan maksudnya mewakili destinasi yang berbeza. Apa kaitan? 

Huruf berwarna hijau dengan latar belakang putih atau huruf berwarna putih dengan latar belakang maroon bermaksud tempat tumpuan pelancong.

 Huruf berwarna oren dengan latar belakang hijau menunjukkan institusi kerajaan.

 Huruf berwarna hitam dengan latar belakang putih menunjukkan bandar atau kawasan


wah lepas nie dah bijak sikit lah boleh baca papan tanda jalan raya dengan betul..
issshhh..selama nie memang tak pernah ambil tahu langsung..
bagus² ilmu nie..
sumber :Facebook Astro Radio Traffic
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Hihi. Tq for the info kak. Siqah pernah belajar dulu tapi tak ingat dah. Hihi

    ReplyDelete
  2. Good sharing. Selama ni mmg xtau pun kan. Heehee..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...