Tips: Kereta dilanggar belakang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Kereta dilanggar belakang, nieyl belum ada pengalaman dilanggar belakang kereta tapi berharap sangat dijauhi lah.Tapi kawan² ada yang pernah kena terutamanya perempuan. Kalau kita kan akan rasa panik, tak tahu nak start dari mana,lagi kalau yang melanggar tu orang lelaki, so..nieyl ada terbaca tips² yang mungkin kita boleh jadikan panduan untuk nieyl dan korang juga okey..

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar dariapda kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, bertegur sapalah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi. Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.


Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Hanya beritahunya, daripada segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.


Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat laporan polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan laporan polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.


Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

 Patuhilah undang-undang yg telah ditetapkan!  

Kredit : Perodua
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. Kakak pernah kena Nieyl tapi punyalah jahat org tu terus pecut lari sebaik kakak cuba parking kereta ke tepi jalan. Kakak panic sangat tak perasan langsung no. kerete dia. Lepas tu start kereta balik rumah sambil mengalir airmata. Adalah kafarah Allah bagi kat kakak agaknya..

    ReplyDelete
  2. wah yg ini sy baru tau...terutama sekali point no14

    ReplyDelete
  3. Baru je jadi awal tahun ni.. saya langgar belakang kereta orang.. tapi Alhamdulillah syukur, sikit je dan selesai dengan baik.. Syukur sangat2..
    Gigil usah cakaplah, sebab tak pernah kena.. tapi semua tu jadi pengalaman berharga.

    ReplyDelete
  4. kalau yg langgar tu boleh bertimbang rasa ok jgk.
    ni keluar2 dia plak nk heboh2 padahal dia yg langgar kete kita =.=

    ReplyDelete
  5. ooo, boleh terus pergi JPJ eh kalau org tu xnak..baru tau..

    ReplyDelete
  6. Bile ingat balik pasal teksi langgar belakang kete akak rase geram jer..akak benti tepi, alih2 teksi tuh blah..sakitnye hatiiii..nasib baik xde ape2 kete akak..

    ReplyDelete
  7. pernah gak kena sekali.. nasib suami cool je sbb tak teruk..tapi rupanya agak teruk la juga.. huhu

    ReplyDelete
  8. yes correct.
    kalau dilanggar belakang, kita x salah.
    report polis, most of the cases, kenderaan belakang yg salah.
    buat pe yg nieyl share di atas ~ betul sgt.
    details kereta dan pemandu tu amat penting.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...