25 March, 2016

Mudahnya Nak 'Panjangkan' Rezeki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Menabung sudah, berjimat sudah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan rezeki sentiasa ada dan tidak putus. Kita perlu 'tilik' perlakuan dan muhasabah diri. Apa yang kita lalai selama ini akan mengundangkan kepada kesempitan rezeki daripada Allah SWT. Bukanlah niat untuk menakutkan tapi sebagai hambaNya kita tidak boleh lupa kepada Si Pencipta. 

1. Jaga Solat 
Solat itu tiang agama. Bagi mereka yang meninggalkan solat balasannya sudah dijanjikan di akhirat kelak. Ada yang sentiasa diberikan kesusahan, disempitkan rezeki, berasa tidak tenang dan sebagainya. Bagi mendapat rezeki yang berterusan, dirikan solat dan jagalah tiang agama. Insya-Allah keberkatan itu akan datang. Walaupun sedikit yang kita dapat, kita akan rasa cukup! 

2. Sombong Dengan Kata-kata 
Jangan sombong dengan kejahilan diri sendiri. Sedar diri sentiasa agar mensyukuri nikmat Allah. Sewenang-wenangnya meninggalkan suruhan Allah dan angkuh menambah kejahilan diri. Jangan tambah jahil yang ada. Lagipun ujian Allah tidak pernah mengira waktu dan tempat. 

3. Bakhil 
Sifat bakhil ini adalah kerana tamak. Tamak dengan harta dan nikmat yang Allah berikan. Terdetik di dalam hati andai dikongsi rezeki yang ada dengan orang lain takut diri sendiri tidak mencukupi itu adalah sifat bakhil yang akan menyempitkan hati dan rezeki. Elakkan rasa bakhil agar Allah melapangkan rezeki. 

4. Penyayang 
Penyayang ini bukan sahaja kepada ahli keluarga malahan kepada orang lain terutama anak yatim dan haiwan. Kita akan sentiasa mendapat doa daripada malaikat dan para haiwan yang dibuat baik oleh mereka. Insya-Allah rezeki juga akan berpanjangan. 

5. Beri Haiwan Makan 
Pernah dengar orang tua-tua sentiasa memuliakan kucing dan sentiasa memberikan kucing makanan. Kucing binatang kesayangan Rasulullah s.a.w. dan apa salahnya kongsi rezeki dengan haiwan yang singgah ke rumah. Paling senang, waktu sedap menjamu selra, tetiba ada kucing cium kaki. Ya, itu petanda paling mudah yang rezeki anda patut dikongsi. Bukan payah nak buka pintu-pintu rezeki, semuanya terpulang pada diri sendiri. Moga permulaan hidup anda akan lebih indah untuk pungut rezeki setiap hari.

Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk sentiasa dimurahkan rezeki, semua perkara yang baik dan niat yang ikhlas...InsyaÁllah...Allah Maha Mengetahui.. :)

Salam Jumaat !
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. Segala kebaikan yg kita buat adalah utk memurahkan rezeki kan..
    Allah tu Maha Kaya..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian yg bagus nie dik.

    ReplyDelete
  3. tq kak nieyl for this info . salam jumaat !

    ReplyDelete
  4. Kalau dah baik-baik yg dibuat baiklah dapatnya termasuk dimurahkan rezeki
    Senang aje kan Nieyl.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.tq atas perkongsian..
    InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  6. nice sharing, moga kita semua dipanjangkan rezeki inshaallah :)

    ReplyDelete
  7. nice sharing. Semoga dimurahkan rezeki kita semua :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)