22 March, 2016

Makanan Ini Memang Enak Tapi Bahaya Pada Tubuh Ketika Cuaca Panas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ini terasa sangat panas...berpeluh² makan kat cafe pagi ni... Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air mengekalkan kadar cecair dalam badan tapi juga mengawasi apa yang kita makan.

  Tiga jenis makanan ini sebaiknya kita kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana ia mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.

1. Makanan Pedas

Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan. Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan.

 Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas. Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.

2. Teh dan Kopi

Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh.
Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari. Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

 Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.


3. Makanan berasaskan daging

Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya. Sebabnya makanan berasaskan daging ini bersifat tinggi protein dan sukar dihadam.

Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan. Selain itu tubuh lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi disarankan kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.


Tips kekal sihat di musim panas

Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.


sumber :www.foodrepublic.com 


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Kakak pulak kalau makan nasi tak ada pedas-pedas sikit memang kurang seleralah Nieyl
    Kadang kalau buat sayur air dgn ikan goreng pun kakak ambil kicap hiris cili padi. Walau tak makan cilinya kicap dia jadi pedas baru best:)

    ReplyDelete
  2. Kalau tak amek pedas dalam makanan memang la tak boleh. Musim panas ni makin amek cili lagi adela. Hihi ! Tapi lepas baca entry ni maka kena kurang kan la kepedasan tu. Thank you kak Nieyl. ☺

    ReplyDelete
  3. TP YANG TU YG SEDAP TU KAN .... KENA KAWAL LA MUSIM PANAS NI PMINUM AIR PUTIH BYK21

    ReplyDelete
  4. kena banyak minum air masak, risau takut terkena strok haba. anak kecik lagi kena jaga2

    ReplyDelete
  5. Nice tips. Yela kan makanan ni ambik masa utk proses dan cerna. Lagi lah banyak air diperlukan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)