24 March, 2016

Berkanta Lekap!Hati² ya..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jika dulu kanta lekap dijadikan satu keperluan untuk si rabun tetapi kini dijadikan satu fesyen untuk tampil lebih cantik dan yakin.  Tahukah anda bahawa kebanyakan kanta lekap yang tidak menepati piawaian keselamatan boleh merosakkan mata?

Penjualan kanta lekap yang berlambak di pasar-pasar malam dan yang dijual secara talian semakin berleluasa. Keinginan orang ramai untuk membeli kanta lekap yang murah dan tanpa perlu memeriksa mata ini menyebabkan mereka sanggup membeli kanta lekap tanpa banyak soal. 

Jika kita pengguna kanta lekap, kita sudah tentu tahu prosedur memakai kanta lekap yang sebetulnya malah lebih berhati-hati. Saranan beberapa pendapat bahawa elak memakai kanta lekap ketika berada di tempat panas atau ketika sedang berdepan dengan haba, contohnya ketika sedang memanggang adalah dilarang kerana ia mungkin penyebab buta. Alasan kanta lekap diperbuat daripada plastik ada logiknya. 

Disarankan kita tidak memakai kanta lekap sewaktu mahu masuk tidur atau seharian. Jangan lupa mencuci kanta lekap setelah pakai menggunakan air pencuci khas. kita  juga perlu patuhi bila kanta lekap kita tamat tempoh supaya kita tidak terpakai kanta lekap yang sudah tercemar. Cucilah bekas kanta lekap dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu lap dengan kain atau tisu. 

Mungkin ramai yang kurang tahu kesan memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menghalang oksigen yang menyebabkan kornea kurang sensitif. Apabila kurang sensitif, pengguna tidak akan menyedari matanya dimasuki habuk. Akibat kurang sedar kemasukan bendasing, ia juga menjadi punca mata kurang berkedip sekaligus kurang kelembapan mata. 

Kita perlu tahu pemakaian kanta lekap akan mengubah lengkungan kornea dan rabun akan bertambah. Jika kita tidak mahu diserang ulser kornea iaitu jangkitan bakteria pada mata, elak pakai kanta lekap selama lapan jam berterusan dan ketika tidur. Jika kanta lekap boleh ditukar ganti dengan pelbagai warna tetapi mana mungkin mata boleh diganti dengan mudah!

Artikel ni dari RAPI

Pendapat Nieyl : Sangat bahaya jika kita tidak berhati² mengendalikan kanta lekap nie, hanya untuk mereka yang alert,tidak cuai,sentiasa berhati² dan rajin je pada nieyl yang boleh mengendalikannya dengan baik.. Orang macam nieyl nie rasanya tidak kot,sebab for nieyl mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai dalam hidup nieyl,walaupun sekarang nie rabun jauh kena pakai spek but untuk pakai kanta lekap sememangnya jauh dr diri ini. Sebab dah tahu diri ini sangat tak berdisiplin. :) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. guna contact lens ni kena rajin, kala malas tak ler ek...

    ReplyDelete
  2. Lama aina tinggal kan kanta lekap ni... Tak pe la mata Ori da cukup sempurna Allah bagi. ye kan sis.? =) hehehe

    ReplyDelete
  3. cik en menggunakan kanta lekap dekat 13 tahun lps.. so far masih menjaga kebersihan dan check setiap tahun

    ReplyDelete
  4. akak pakai dari start zaman U...ko bygkan dah berbelas tahun dah pakai....tapi kdg2 akak selang seli pi opis pakai spek gak....dah tua2 ni kdg2 malas pun yek hahahaahaha...tapi akak mmg jaga laa betul2...bahaya sebenarnye kalo tak dijaga dgn baik....

    ReplyDelete
  5. takut nk pakai lens .... seriau seram semua nye

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)