6 Perkara Yang Flight Attendant Tidak Boleh Buat Untuk Anda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nak share perkara yang tengah trending sekarang nie,
kadang² yang di trendingkan benda yang kita tidak pernah tahu pun..
so,ambil peluang ini untuk ambil tahu.. termasuklah diri ini..

1. Bagi sebarang ubat
Nope, pramugara/pramugari tidak boleh bekalkan anda ubat kerana ia melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Mungkin mereka ada ubat yang tertentu hanya untuk sebarang kecemasan sahaja. Jadi kepada anda yang ada sebarang penyakit, lebih baik anda bawa ubat sendiri dari rumah.

2. Angkatkan bag untuk anda
Mungkin antara anda yang fikir bahawa salah satu tugas flight attendant adalah angkatkan luggage yang berat gabak tu. Sebenarnya flight attendant sama sekali tidak dibenarkan untuk lakukan kerja tersebut. Apa yang mereka boleh buat ialah menolak/memasukkan luggage anda ke dalam bin yang disediakan.

3. Suruh pilot cepatkan perjalanan
Jangan pelik, jangan gelak. Kes ini pernah berlaku tau. Menurut Kathleen dari PassengerShaming.com, perkara itu sebegitu pernah diminta salah seorang dari penumpang. Haa.. Korang jangan buat hal minta benda-benda pelik eh? Pastikan anda sampai di lapangan terbang tepat pada waktu.

4. Tukar tempat duduk dalam kapal terbang
Anda boleh tanya seseorang dengan sopan sama ada ingin menukar tempat duduk atau tidak. Walaupun anda ingin sangat nak duduk sebelah member, flight attendant tidak boleh sewenang-wenangnya menukar tempat duduk penumpang.

5. Bagi anda duduk di business atau first class walaupun kosong
Ini pun salah satu kes yang biasa sangat didengar. Jika anda ingin tempat selesa macam business dan first class, anda kena bayar. Anda tak boleh senang-senang minta flight attendant untuk pindahkan anda dari economy class ke business/first class walaupun kosong.

6. Sediakan pen untuk anda
Tahukah anda bahawa flight attendant sebenarnya tidak sediakan pen untuk kita isi form boarding pass? Anda kena bawa sendiri pen/pensil.

* skrg bila trending baru la tahu apa yang boleh n apa yang tak boleh..:)



sumber : yahoo.com
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. ramai yg tak tau lg..kalau nak kene layan 1st class harus lah bayar lebih kan..gtuu

    ReplyDelete
  2. Sangat sesuai bagi mereka yang jenis tak faham bahasa.. ;)

    ReplyDelete
  3. wahahahaaaa.... betul2 tu sis.... salam kenal....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...