Suka Pakai Cincin Jari Mana?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bagi wanita, memakai cincin di mana-mana jari dibolehkan. 
Cincin yang dipakai atau disarung adalah bertujuan untuk perhiasan.
Ia juga sebagai tanda individu tersebut sudah berpunya mahupun
telah mengikat tali pertunangan atau pernikahan.

tapi nieyl dulu time bercinta dulu dengan en.husband..
tak beli pun cincin² nie..terus beli rantai.. :P over!
itupun hadiah birthday :)

Bertunang baru dapat cincin..
Nikah dapat gelang..so,lengkap laaa...Alhamdulillah...

Ada sesetengah individu pula yang tidak boleh memakai langsung
perhiasan di jari kerana sensitif dan sebagainya. Nieyl cuma tak pakai rantai je..
sebab kulit sensitif...

Jom kenali personaliti si pemakai cincin mengikut jari yang yng disukainya. 

 1) Ibu jari 
 Orang yang pakai cincin di ibu jari dikatakan mencerminkan kehendaknya yang ingin menguasai situasi biarpun sanggup berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan. Ehh macam sama je dengan yang pakai cincin dekat jari telunjuk!

 2) Jari telunjuk 
 Katanya orang yang suka pakai cincin dekat jari telunjuk ni sebenarnya suka menguasai sesuatu situasi tu. Orang tu sangat suka kalau jadi ketua untuk pa-apa jenis situasi. Betul ke? 

3) Jari hantu 
Haa yang ni pula menunjukkan dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan kedamaian. Wahhhh kemain tauu!

 4) Jari manis 
 Empunya badan ni katanya seorang yang berminat dengan hal-hal yang berkaitan dengan percintaan. Hati ada taman wehhh!

 5) Jari kelingking 
 Ia mencerminkan keperibadian yang lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan. Haaa yang ni hanya si pemakai je boleh mengiyakan atau menidakkan.


nieyl memang gemar pakai cincin di jari manis dan hantu..
wah!kedua-dua personaliti tu memang tetap ngan jiwa nieyl :P

korang pula macam mana?share laaa...


sumber dari : sinar fm
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. jari tengah hahahahahahaha. sebab jari manis takda saiz lol kesian

    ReplyDelete
  2. takde cincin.. jari sudah membesar.. haha

    ReplyDelete
  3. rasa nye sy tak suka pikir hal pencitaan pun .... pakai sbb org ckp tak leh pakai kat jari hantu ngan telunjuk menyerupai keturunan firaun ....rasulullah pakai cincin di jari manis ... tu sy pakai jari tu

    ReplyDelete
  4. Kalau ai, jari manis tangan kanan wajib kena ada cincin.. kalau tak pakai dan hb perasan nanti dia tanya 'nape tak pakai cincin'.. huhuhu..
    Dulu ai suka nau pakai cincin dekat jari tengah tapi lepas cincin tu hilang, takde dah pakai kat jari tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...