17 February, 2016

Siapa yang tidak rajin lipat baju?meh sat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


kalau tanya tentang lipat melipat nie biasanya kerja orang wanita la...
nieyl bernasib baiklah jenis yang dah angkat kain di ampaian terus lipat terus simpan..
xdan nak longgok²..sbb kalau di biarkan...
akan timbul sikap malas tahap gaban...

Ok kat sini nieyl nak share tips bagi mereka yg tak sempat nak lipat baju atau malas..hihihi

1) Sangkut baju 
Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil. Kita hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah!

 2. Lipat ikut kategori pakaian 
Masa hendak melipat pakaian, apa kata kita asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Secara psikologinya anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori.

 3. Lepas angkat terus lipat. 
Jangan bertangguh Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas. Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat kita boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah. 

4. Ajak suami & anak-anak bantu 
Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu/isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar. Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami.


 5. Tonton TV 
sambil melipat baju Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV. Confirm, kita tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang kita tonton.  
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. Kakak memang malas tapi memang tak pernah tangguh
    Lepas angkat longgok atas katil terus lipat.

    ReplyDelete
  2. good tips.. memang ramai pun ibu-ibu a.k.a yang ada anak tak sempat nak melipat baju. dulu masa saya bujang, saya terus lipat baju bila dah angkat dari ampaian, tapi sejak ada anak ni , tambh pulak ngn anak yang fully menyusu badan, memang langsung tak sempat nak melipat baju..

    ReplyDelete
  3. Kami okey je kalau lipat baju..
    yang malasnya bila nak susun baju dalam loker.

    ReplyDelete
  4. hahaha...memang buat semua okehhhhh...tahap pemalas lipat kain akak nie.

    ReplyDelete
  5. Biasa saya suka lipat baju lepas semua anak2 tidur.. sambil tengok tv, sambil blogwalking sambil lipat baju.. mula2 je rasa malas tapi bila dah mula lipat susah nak berhenti dan akhirnya selesai tugas.. ;)

    ReplyDelete
  6. PC pun angkat...terus lipat...mudah...

    ReplyDelete
  7. hehehe saya dari mesin basuh terus pakaikan hangger sehinggalah nak pakai baju tu balik hehe,,, pilihan saya adalah mengantung dari melipat,,nanti ada masa saya share kat www.dairihati.com ^_^..

    ReplyDelete
  8. kadang kala tu, memang rajin nak lipat..bila tiba virus malas datang..hemmmm main campak je kat dalam bakul....hihhihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)