Petua Kejutkan Anak Bangun Tidur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Kejutkan kanak-kanak pastinya tidak mudah, silap kejut nanti habis hilang mood. Bila hilang mood mula lah semua tertangguh kerja yang lain. Okey nieyl tak berapa mahir sangat,sebab nieyl tak ada anak lagi..tapi nieyl selalu tengok dan dengar kakak² ipar nieyl kejutkan anak² dieorang...

Macam² nada lagu keluar, geli hati nieyl dengar kalau pepagi tengah masak kat dapur...
Kakak ipar nieyl ada 4 org anak yang masih sekolah, jadi setiap sorang tu..nada atau irama lagu tu berbeza, orang lemah lembut, orang kena suara jarang, orang kena mendayu-dayu...hihihi...

Ok nieyl nak share apa yang nieyl baca tadi...

Untuk kejut anak, ada petuanya: 

Untuk anak lelaki
Dengan sentutan yang lembut mulakan di kaki, tangan dan bahunya. Tangan ibu berkesan untuk kejutkan anak anda dari mimpi. 

Untuk anak perempuan 
Kejut mereka dengan kata-kata.. Kata-kata manis, pujian dan lembut akan memudahkan anak bangun dengan sendiri.


Jangan sesekali kejut anak  dengan herdikan atau pukulan kerana diperingkat ini, minda separa sedar merakam segala perbuatan si pengecut dan akan menyimpan ingatan untuk membenci si tukang kejut. Ini dibuktikan oleh kajian psikologi yang dijalankan. Selain itu ketika mengejutkan anak:

  1. DILARANG meninggikan suara. 
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian. 
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat. 
  4. DILARANG menyimbah air. 
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti


*********************************************************************************

kalau zaman nieyl dulu,  no.1, no. 3, no.4 dan no. 5 yang ada perkataan dilarang tu lah...yang selalu mak nieyl buat tau.. sebab kalau kejut nieyl dengan lemah lembut,ha..memang sampai ke sudah laaaa..takkan bangun...dulu kalau mengada² sgt kena hambat dengan sangkut baju..hihihi #throwback
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. sy xde nye kejut..sekali dua je panggil nama,,nampak dia dh gerak2 bdn tu terus sy buka baju dan seluar then angkat masuk bilik air..hehe..ok je stkt ni.

    ReplyDelete
  2. sy dulu jenis sng kejut kot..selalunya bangun sendiri je..ada satu masa tu masa darjah brp ntah xtau bar kul 4 lbh pagi kot..g bangun mandi nk g skolah...huhu

    ReplyDelete
  3. saya punya anak memang tak akan bangun kalau lembut2 hehe,,, saya ambil air basuh muka dia,, pastu tepuk kat kaki baru dia bangun,,, kalau jerit2 pun dia tak kan bangun huhuhu,, lain anak lain ragamnya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...