Diet di waktu malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa yang tengah deit sekarang ini...??
Bila tiba waktu malam mesti nafsu makan maningkatkan..hu..hu..hu..
nieyl la tu...nak elak makan di waktu malam sememangnya rasa..
berperang dengan diri sendiri...

Tapi nieyl ada jumpa beberapa tips untuk korang.anda,kamu yang sedang diet...
makan di waktu malam..

1. Makan malam sebelum jam 7 
Bagi kita yang suka makan malam, amalkan menjamu selera antara pukul tujuh dan lapan malam. Ketika ini, tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikan tenaga ini. Jadi makanan yang anda makan akan sempat melalui proses penghadaman dan digantikan sebagai tenaga, bukan lemak.

 2. Makan bubur 
 Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil, tetapi bubur atau nasi air juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Pastikan kandungan gula yang sedikit. Bubur kacang hijau dan bubur jagung antara yang terbaik untuk kita.

 3. Buah-buahan 
 Nikmati buah-buahan segar setiap malam hari. Sebiji epal atau oren cukup untuk menghilangkan rasa lapar kita. Bagi yang tidak suka epal dan oren, anda boleh mengambil pisang atau tembikai. Sudah cukup membuatkan kita kenyang di malam hari.

 4. Sup tanpa minyak 
Pilih semangkuk sup penuh ayam, udang serta sayuran sebagai pelengkap sup. Pastikan sup direbus tanpa tanpa minyak. Elak mengambil sup daging yang dapat meninggikan tahap kolestrol dalam darah.

 5. Dua keping roti
Roti kosong yang dibakar tanpa mentega atau jem cukup baik untuk tubuh bandan. Lengkapkan dengan secawan minuman coklat atau susu panas. Hidangan ini nampak rngkas tetapi memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan.

 6. Air kosong 
Sebagai pelengkap makan malam kita, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam. Sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai. Amalkan mengambil air kosong setiap hari agar jumlah air dalam tubuh kita mencukupi.

moga tips yang nieyl share ni boleh membantu kita :)



-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Terima kasih...betul...waktu malam mencabar lagi kalau waktu hujan..alah berdangdut saja perutnya..

    ReplyDelete
  2. Sekarang masa untuk maintain je lepas usaha berjaya menuruskan berat badan.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...