Bahaya Pakai Getah Rambut Pada Tangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ini nieyl terbaca satu artikel tentang getah rambut..
pernah tidak korang letak getah di pengelangan tangan macam di bawah nie?
 Habit nieyl getah tempe tu...
suka letak pengelangan tangan..
Ramai wanita dari kanak-kanak sampai dewasa termasuk juga lelaki mengenakan getah pengikat rambut pada tangan. Alasannya supaya tak hilang dan boleh pakai bila bila masa. Malah ada yang tidak menanggalkannya walau pun ketika tidur tanpa memikirkan risiko yang akan diterima. 

 Kes yang berlaku kepada Audree Kopp di Lousville, Kentucky Amerika Syarikat, mungkin boleh beri pengajaran kepada kita bahawa mengenakan pengikat rambut di pergelangan tangan berterusan tidak selamat. 

 Kopp mengenakan getah pengikat rambut pada tangan seharian ketika baru berpindah ke rumah barunya. Tak pernah memikirkan ia bahaya, namun hari berikutnya dia merasai kesakitan dan bengkak pada bahagian tersebut.

Dia yang memakai pengikat rambut glitter dengan material yang kasar rupanya telah menyebabkan calar pada kulit tangannya bila mengenakannya pada tempoh yang lama. Keadaan tersebut menyebabkan berlaku jangkitan dan bengkak. 

Namun setelah Kopp merawatnya dengan antibiotik, bengkak tersebut tidak surut. Risau dengan keadaan tersebut dia ke hospital dan diberitahu perkara yang mengejutkan. Bengkak akibat jangkita itu ditahap serius dan perlu dibedah. 

Tidak menyangka tindakan yang menjadi kebiasaan boleh mendatangkan risiko besar, Kopp bagaimana pun pulih selepas pembedahan. Dia berkongsi pengalaman tersebut melalui laman sosial yang kemudiannya mendapat banyak perkongsian.

Ia juga mendapat respon daripada pakar tentang apa yang berlaku. Pakar dermatologi, Dr. Lauren Ploch memberi penjelasan tentang kejadian tersebut dan memberi beberapa tip sekiranya mahu mengenakan getah rambut pada tangan. Meskipun ia satu kes yang jarang berlaku namun katanya apa juga yang memberi tekanan pada kulit dan menghalang perjalanan darah pada tangan dan jari boleh memberi pelbagai kesan termasuk kebas, masalah vaskular dan luka atau jangkitan kulit.

Jika mahu mengenakan getah rambut pada tangan pastikan anda melakukan perkara berikut:

 1. Tidak ketat termasuklah bila mengenakan barang kemas mahu pun jam. Pastikan ia memberi ruang untuk satu jari melepasinya. 

2. Elakkan getah glitter dan bahan kasar. Ia memang comel tapi bila bergeser dengan kulit boleh menyebabkan luka yang mengakibatkan jangkitan kuman.

3. Jangan pakai dalam tempoh lama. Buka getah rambut jika anda tidak memerlukannya. Memakai getah pengikat rambut pada pergelangan tyangan dalam tempoh lama akan menghalang perjalanan darah pada kulit dan juga memerangkan bakteria di bawah organ tersebut. 

4. Bersihkan pengikat rambut- pastikan pengikat rambut bersih untuk mengelakkan ia jadi sarang bakteria. Ada yang masih mengenakan getah rambut yang sudah berbau busuk. jadi bayangkan kuman yang ada di situ. Selain itu pastikan anda membasuh pergelangan tangan jika mengenakan pengikat rambut di situ.

**nieyl tak pernah terfikir pun kesan benda nie pada diri..
so,please..pesan pada anak² kita okey..


sumber: www.today.com
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. eh bahaya nye.. nasib baik sy x ikat rambut sllu. hihi..biar mcm tu aje..tp dulu.kecil2 mmg sllu buat mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  2. Sally jarang letak...selalunya yg jenis letak ni yg free hair kan...sbb mudah dorang nak capai..harap takde dah kes macam ni...

    ReplyDelete
  3. info berguna..yong pun ad tabiat letak getah rambut kt tangan..senang bila2 nk pakai. kena beringat ni

    ReplyDelete
  4. Wah.. selalu buat macam nie.. Peringatan yang bagus...

    ReplyDelete
  5. jarang buat sbb ramut sentiasa berikat ... sampaikan tido pun ikat rambut ..dgr cite katenye ikat rambut pun sama bahaya juga betul ke ...

    ReplyDelete
  6. ooo...sampai macam tu sekali ek...bahaya gak tu!
    saya pun selalu gak buat mcm tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...