bahaya menahan berak atau buang air besar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

buruknya muka menahan :P

Ok nieyl nak share artikel tentang menahan berak atau buang air besar
jangan malu..kita kena tahu semua benda nie..
sebab ianya amat merbahaya untuk kesihatan kita.

Menahan berak/membuang air besar tentu sekali semua orang pernah melakukannya di sekolah, tempat belajar, pejabat atau dimana saja. Tahan berak sudah tentu akan membuat anda merasa tidak selesa dan perut akan sakit. 

Angin akan mula terkumpul didalam perut maka anda akan kerap membuang angin/kentut. Bukan soal kentut yang ingin diceritakan tetapi kesan lebih serius akibat menahan berak dan ini mungkin lebih berbahaya dari menahan air kecil (kencing).

Terlalu sering menunda berak akan menyebabkan tahi mula mengeras. Tahi yang mengeras menjadikan pengeluarannya tidak lancar, bahkan boleh menyebabkan usus tersumbat. Ada pula yang mengatakan, racun-racun dalam tahi akan terserap kembali ke dalam tubuh sekaligus menyebabkan pening kepala.

 Selain itu, gemar menahan berak turut berisiko menghadapi penyakit serius seperti masalah jantung, kekejangan bahkan boleh menyebabkan kematian. Dipetik dari Prevention, sebaiknya jangan sesekali menahan dari membuang air besar apabila tiba waktunya.

Manusia normal membuang air besar minimum 3 kali dalam seminggu kata Kyle Staller, seorang pakar kesihatan dari Boston, Amerika Syarikat
   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Nampak biasa tapi itulah risikonya sampai boleh membawa maut
    Takut pulak kakak bila baca ni Nieyl.

    ReplyDelete
  2. fahim suka tahan beraK kat sekolah kesnye takut nk pi tandas...sampai kat keta paksa mama bawa keta laju2...sakit betui budak tu

    ReplyDelete
  3. oooo..min 3 kali seminggu ke? kira saya ok la kot..sekali sehari..huhu :p

    ReplyDelete
  4. oo...saya pun dalam sehari tu confirm sekali melepas...alhamdulillah,,,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...