7 Fakta Rakyat Malaysia Perlu Tahu Tentang Virus Zika

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


1. Disebarkan Melalui Gigitan Nyamuk

Virus Zika merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti nyamuk yang sama yang juga menularkan virus demam berdarah, chikungunya dan demam kuning. "Malaysia mempunyai nyamuk Aedes untuk membawa penyakit dan kepadatan nyamuk di sini adalah sangat tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan pada 29 Januari lalu seperti dilaporkan portal New Straits Times Online.

2. Gejala Demam Denggi Berlarutan
Virus ini mampu memberi kesan yang teruk kepada setiap mangsa malah ia mampu membawa maut. Antara sintom-sintom mudah untuk mengenali diri dijankiti virus Zika apabila demam ringan, ruam, sakit sendi berlarutan selama 2 hari hingga seminggu.


3. Menyebabkan kecacatan janin, di mana bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil.


Virus Zika dipercayai mampu memberi gangguan perkembangan otak dan menyebabkan bayi dilahirkan dalam keadaan cacat iaitu berkepala kecil. Amerika Tengah dan Amerika Selatan menyaksikan lebih ramai bayi dilahirkan dengan kecacatan otak dan kepala mengecut.

4. Belum Ada Ubat atau Vaksin Virus Zika
Setakat ini, masih belum ada vaksin mahupun ubat untuk merawat atau mencegah penularan Virus ini. Oleh yang demikian, ibu hamil tidak digalakkan mengunjungi negara yang mempunyai wabak Zika

5. Jauhi 22 Buah Negara Ini
Amerika Syarikat mengeluarkan larangan kunjungan ke 22 buah negara ini ekoran wabak Zika yang semakin menular. Negara-negara tersebut adalah Bolivia, Guyana, Brazil, Colombia, El Salvador, French, Guina, Guatemala, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname, Venezuela, Barbados, Saint Martin, Haiti, Martinique, Puerto Rico, Guadeloupe, Samoa, Cape Verde.

6. Sejuta kes dilaporkan di Brazil, Dijangka Meningkat hingga 4 Juta

Buat masa ini, hampir satu juta rakyat Brazil disahkan menghidapi Virus Zika. Kes 'microcephaly' pula melonjak naik dengan peningkatan wabak Zika. Malah dia dianggarkan bakal meningkat hingga 4 juta.

7. Jangan Leka, Ambil Langkah Pencegahan Dari Sekarang

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa peka dalam keadaan kesihatan dan persekitaran. Virus ini mampu memberi kesan teruk dalam jangka masa panjang jika tidak diatasi


petikan dari Oh!media 

-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Ujian Allah berikan kepada umat manusia supaya sentiasa beringat.
    Takut bila memikirkan hal macam ini kan Nieyl.

    ReplyDelete
  2. risaunye..harap penawar dpt jumpa cepat..

    ReplyDelete
  3. Allahu..sangat merisaukan sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. alahaiii seram nyer dengan penyakit yang semakin macam-macam kat dunia nie >_<

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...