29 February, 2016

[Personal Review] Gorgeous by RCW

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petang² macam ni tak sesuai pula nak membebel pasal benda yg berat²..
kita sembang benda yang ringan² je okey..
siapa ingat lagi nieyl ada kongsi review perfume RCW?

So,tentang ni nak share sikit..hari tu lepas dah puas pakai perfume precious..
skrg ni bertukar angin ke perfume kedua by RCW..
diberi nama Gorgeous by RCW..
sangat wangi...tahan lama..

2 hari berkursus hari tu..
ada class grooming sikit..
so,trainer tu ada ajar..
kalau pergi kerja maksimun semburan perfume adalah 4 sahaja..
bahagian nadi tangan kanan dan kiri
bahagian nadi leher kiri dan kanan..

Ok cukup..

kalau pergi dinner atau majlis² rasmi...
maksimum adalah 8..
bahagian nadi tangan kanan dan kiri
bahagian nadi leher kiri dan kanan..
bahagian (belakang lutut) tempat berlipat (nadi) kiri dan kanan
dan semburkan dengan jarak jauh bahagian leher tudung kiri n kanan..

make sure jarak semburan jauh..kalau dekat..nnt tudung bertompok pulak..
ini kerana kita akan berlaga pipi ngan orang ketika bersalam..
so,orang yang salam tu rasa selesa..wangi je... :)

so,nieyl dah start amalkan cara permakaian perfume :)
dan nieyl ada satu lagi koleksi perfume baru..
nant nieyl sharing yea :)

Tambahan info : kalau berminat dengan perfume RCW ni..
boleh contact Faezah 019-7759298 service tiptop..
cepat..pantas..barang sampai dengan pintu :)
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Klik banner kalau nak join yea
Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 THINGS I HATE MOST

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



RULES:
Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.  


First of all, nak bagitahu dik Umie nie.. akk x kecam pun awak tag...
tapi geram sebab awak tag akk diwaktu diri ini kemalasan untuk menaip..
ha..ha..ha..anyway thanks tag yea.. skurang² nya ada gak benda yang boleh
share dengan awak² yg membaca..

  1. Binatang/serangga yang kecil : jangan nak gelak sgt yea..walaupun binatang yang kecil tu kita pijak je dia mati..tapi kalau kena gigit ada yang boleh bawa mati tau..jangan pandang sebelah mata dengan binatang yang kecil² nie..
  2. Orang yang suka ambil kesempatan : Ini selalu berada di carta paling tinggi dalam kamus hidup ku, tapi nak buat macam mana,orang macam inilah yang selalu berada di keliling ku..i hate!
  3. Post and delete : Post and delete ini biasanya di laman social la..facebook,instagram n lain-lain..yg nie kebanyakkan nya public figure. (konon x nak bagitahu perkara sebenar,tapi post gambar boleh mendatangkan pelbagai persepsi orang) bila komen,tup..tup..pastu delete...peliks!

  4. Minyak kereta 1 Bar : Mungkin pada sesetengah orang,ala..1 Bar  boleh pergi balik KL kot..tapi memang pantang dalam hidup ini,ada 1 Bar kalau drive...ha..hati mula la rasa x tenang..terus pergi isi minyak sekurang² nya 2 Bar  okey..en.husband selalu kena marah..hihihi.. :)
  5. Bila shawl tidak bekerjasama : Benda ni kalau terjadi,mood dia sampai petang tak akan elok..sebab itulah buka semua shawl nieyl boleh pakai,ada sesetengah je yang nieyl suka..paling malas pun nieyl akan pakai shawl yg 2 muka..senang cepat :)

Nak Tag Follower nieyl yang sporting..

Kak Zakie
Anum
Kak Izwa
Sally
Kak yati

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Putrajaya Hot Air Ballon Fiesta 2016 Kembali Mac Ini!

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pesta belon udara panas kini kembali lagi. Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 ini adalah anjuran kali kelapan yang akan diadakan di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bolehlah ramai-ramai berkunjung pada 11 hingga 13 Mac 2016 nanti.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang pesta belon udara panas berlangsung. Terdapat 20 belon untuk persembahan. Pengunjung juga boleh menaiki belon terikat serta inflasi yang sejuk di mana anda boleh mendekati dan meneroka di dalam belon.

Di samping itu, pelbagai aktiviti lain seperti Zon Extreme untuk peminat sukan manakala bagi 'kaki shopping' pula kawasan ini dipenuhi dengan bazar serta makanan dan minuman untuk melepaskan nafsu membeli belah :)
Bagi yang akan  berkunjung dengan ahli keluarga tersayang, pihak pesta menawarkan kawasan di mana semua orang boleh berehat dan bersantai serta berkelah sepanjang hari. Bolehlah bergambar dan melihat belon udara panas ini bergerak di udara. Yang pastinya, jangan lupa untuk 'set' masa kita bagi Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 nanti ya!

Save The Date :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Random: Beza Ibu Sendiri Dengan Mak Mertua

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

walaupun pagi ni mood sememangnya ke laut..
disebabkan perkara² disekeliling ngan tidak di undang...
nieyl nak share something..

Kita orang perempuan ni,selepas berkahwin..
kita akan ada ibu mertua right?so..ada yang berpendapat ibu mertua tegas,
garang, suka memerintah... so,pada nieyl ia depends pada rezeki kot..hihi..
nieyl rasa tidak semua dapat ibu mertua yang garang..
tegas,cerewet... ada juga yang dapat ibu mertua yg sgt penyanyang,
boleh dibawa berkawan..sporting...
kan..apa² pun terima mereka seadanya...:)
Oklah kat bawah nie ada 4 situasi di mana sesetengah orang berpendapat seperti ini..
kalau kita setuju..setuju la...
kalau kita rasa tidak setuju...tak apa..
sebab ini pendapat masing² :)

sejujurnya,mak nieyl begitu..
tapi dia tak kan tanya kita nak makan apa...
dia akan masak apa saja untuk anak perempuan dia,
kdg² anak perempuan dia mengada request macam²..
dengan alasan..dah lama x makan masakan mak..hihi..

Kalau ibu mertua nie,kita akan ada sikap segan..malu...
nak request tu...xde lah kot....tapi kita kena pandai ambil hati dia...
Masak untuk dia, masak apa yang dia suka..
kalau rumah dekat mcm nieyl nie...
kebiasaanya nieyl akan hantar lauk makan tengah hari
setiap minggu kalau nieyl tak buzy :)

Situasi ini sangat betul..
sebab sejak mak duduk dengan nieyl..
boleh dikatakan mak lebih pantas dr nieyl..
kdg² diri ini menjadi serba salah...
alasan mak "mak boring"

Alhamdulillah...rumah MIL nieyl sgt bersih...
nak jumpa habuk pun susah...tapi org kata ambil bahasa la..
kdg² tu kalau kita dah masak kat dapur org...
pandai² la kemas balik,sapu bersih kan apa yang patut...ia idak?

situasi ini kalau dlm hidup nieyl ni...
terbalik,hahaha.. kalau nieyl tidur rumah MIL..
kebiasaannya lepas solat subuh,nieyl kan tidur semula..
limit tidur sampai jam 8 pgi..ha..ha..ha...

Kalau rumah sendiri,pukul9 tak bangun lagi...
siaplah..mak akan ketul pintu bilik tu suruh bangun..hihi..:P

alamak..situasi ni nieyl belum alami lagi laaaa...
tapi dr penglihatan nieyl MIL dgn mak nieyl sama je...
sgt penyanyang...syg akan cucu² dia... :) kdg² diaorng lebih prihatian tau..

oklah itu je nieyl nak share pendapat nieyl...
so,jangan kecam ke apa okey..sebab semua nie hanya lah pendapat...
so,klu ade pendapat share la kat komen bawah nie :)

p/s: jangan suka ambil kesempatan atas kebaikan org lain
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Wake up!

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat pagi isnin ♥♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 February, 2016

Rutin hari sabtu

by on February 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Susahnya nak jaga kereta warna putih ni..
Baru seminggu je tak cuci..
Dia punya kotor..mcm 1 bulan tak cuci..
Tapi nk buat mcner..dah suka warna putih..
Kena extra jaga..extra money..huhuhu..

Selamat berhujung minggu..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 February, 2016

Petua Kejutkan Anak Bangun Tidur

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Kejutkan kanak-kanak pastinya tidak mudah, silap kejut nanti habis hilang mood. Bila hilang mood mula lah semua tertangguh kerja yang lain. Okey nieyl tak berapa mahir sangat,sebab nieyl tak ada anak lagi..tapi nieyl selalu tengok dan dengar kakak² ipar nieyl kejutkan anak² dieorang...

Macam² nada lagu keluar, geli hati nieyl dengar kalau pepagi tengah masak kat dapur...
Kakak ipar nieyl ada 4 org anak yang masih sekolah, jadi setiap sorang tu..nada atau irama lagu tu berbeza, orang lemah lembut, orang kena suara jarang, orang kena mendayu-dayu...hihihi...

Ok nieyl nak share apa yang nieyl baca tadi...

Untuk kejut anak, ada petuanya: 

Untuk anak lelaki
Dengan sentutan yang lembut mulakan di kaki, tangan dan bahunya. Tangan ibu berkesan untuk kejutkan anak anda dari mimpi. 

Untuk anak perempuan 
Kejut mereka dengan kata-kata.. Kata-kata manis, pujian dan lembut akan memudahkan anak bangun dengan sendiri.


Jangan sesekali kejut anak  dengan herdikan atau pukulan kerana diperingkat ini, minda separa sedar merakam segala perbuatan si pengecut dan akan menyimpan ingatan untuk membenci si tukang kejut. Ini dibuktikan oleh kajian psikologi yang dijalankan. Selain itu ketika mengejutkan anak:

  1. DILARANG meninggikan suara. 
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian. 
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat. 
  4. DILARANG menyimbah air. 
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti


*********************************************************************************

kalau zaman nieyl dulu,  no.1, no. 3, no.4 dan no. 5 yang ada perkataan dilarang tu lah...yang selalu mak nieyl buat tau.. sebab kalau kejut nieyl dengan lemah lembut,ha..memang sampai ke sudah laaaa..takkan bangun...dulu kalau mengada² sgt kena hambat dengan sangkut baju..hihihi #throwback
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

PERHATIAN: PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2017 & 2018, NEGERI SELANGOR

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada mereka yang ada anak² yang akan masuk darjah 1 tahun 2017 dan 2018..
sila ambil perhatian..
Boleh klik banner untuk ke website 

*************************************************************

Tahun depan 2 orang anak buah nieyl daftar darjah satu...
semakin besar anak² buahku... :) ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Meja kayu belajar dulu..

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


kdg² bagus juga fb nie..
banyak juga kenangan yang diimbas kembali..
lelagi bila nampak post gambar meja ni..

Seingat nieyl time masuk darjah 1 tahun 1995..
berapa umur nieyl kira sendiri la yea...hihihi..
meja nie lah yg nieyl guna..
kdg² berlubang²..goyang²...

kalau baju kurung tu,bawah lengan baju tu..
tak sah kalau x warna hitam atau coklat..hihi..
yang paling best tu..kalau tgh menulis..
tertiba menjerit...sebab daging kulit lengan tersepit kat meja tuh...

dan ada 1 lagi perkara yang bila nieyl pandang meja nie..
nieyl teringat dulu,nieyl ada kawan satu kelas...
dia akan simpan karipap dia bertimbun² bawah meja nie..
sbb itu kteorang panggil dia Din Karipap..hahaha :P

Tapi skrg nie sekolah² dah x guna dah meja mcm nie dah..
semua dah guna yang permukaan licin tu kan..
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Rahsia Penting Agar Ibu Mertua Jatuh Cinta Dengan kita

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ni nieyl saja nak share sedikit pengalaman yg tak berapa nak ado ni..
hihihi..dulu masa baru² kahwin, tersangat la bimbang tak dapat jadi 'sebulu' dengan MIL.
Sebab masa berkawan dengan en.husband pun nieyl tak berapa rapat ngan MIL..
yela..dulu malu²..segan²..sebab tak ada apa² ikatan.. ( bagusnya anak siapa lah nie) :P

 Berikut merupakan 'rahsia' dan petua yang boleh diikuti untuk membuatkan bakal mertua jatuh cinta dengan kita..

1. Jangan rasa cemburu bila pasangan anda rapat dan mengikut apa sahaja suruhan ibunya. Sebaliknya, hadirkan rasa bahagia bila pasangan anda akrab dengan ibunya. Dengan ini bakal mertua melihat kita sebagai seorang calon menantu yang baik dan juga anak yang baik. Ia mampu membuatkan mereka menyukai anda secara semula jadi.

 2. Sentiasa hargai apa sahaja yang diberikan oleh bakal mertua. Seperti pendapat, hadiah dan sebagainya. kita boleh cuba mendekati bakal mertua dengan bertanya mereka tentang diri pasangan anda. Ya, itu merupakan modal perbualan yang sangat baik, sekaligus mengenal hati budi kedua belah pihak.

 3. Jangan lupa kunjungi bakal mertua, sekali sekala. Beri kejutan pun sangat digalakkan. Ini membuatkan mereka berasa senang dan lebih sayang dengan kita  sebagai menantu.

 4. Sentiasa memiliki komunikasi yang baik dengan bakal mertua. Pelajari apa yang dia suka, makanan kegemarannya, dan sebagainya. Dengan ini, anda lebih memahami isi hatinya sambil mendekatkan diri lebih rapat dengannya.

Mungkin tips² di atas ini boleh membantu ♥
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hidup itu indah

by on February 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Happy working ♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

25 February, 2016

sembang petang

by on February 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ada yang jenguk blog nieyl ke 2 hari ini..
mana yang tahu...tahu la ke mana nieyl menghilang 2 hari ni...
Actually nieyl pergi kursus 2 hari..
Sangat best kursus yang nieyl pegi ni...
sebab semuanya perempuan...
banyak game dan banyak yg nieyl belajar..
nanti bila nieyl dah dapat gambar dr photographer..
nieyl share story okey...
tak syok nak cerita tak ada gambar..:)
Biasalah kalau nama nya kursus...
lelagi PA, kasut kena lah yang tertutup..
kalau ikutkan,semua pun kena pakai kasut bertutup..
bila dah sepanjang hari pakai kasut bertutup..heels pula..
naik je bas nak on the way balik ke putrajaya..
ha..tergantung kasut..dah x sanggup nak pakai..hahaha..

realitinya..nieyl kalau pegi kerja..
dari atas sampai kasut semuanya molek...
sampai ke opis,kasut letak tepi...pakai selipar je..haha..
selesaa... (tapi klu ikutkan tak boleh) jgn tiru nya...mana² yg junior.. :P
rules..is..rules... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

terus bertahan atau bye2?

by on February 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Topik ini sangat general okey..
Rasanya ada dikalangan kita mengalami nya kan..
Bercinta adalah satu perkara yang sangat indah dan sukar diungkap dengan kata-kata. 
Namun langit tidak selalunya cerah, itulah dugaan yang terpaksa dilalui oleh pasangan kekasih di seluruh dunia ini.

 Diawal perkenalan segalanya indah bagaikan dunia ini hanya milik berdua tetapi apabila mula mengenal hati budi dan keburukan masing-masing, lama kelamaan muncullah rasa rimas. Pertengkaran mula terjadi walaupun disebabkan hal-hal kecil dan yang pastinya salah seorang pasti akan "makan hati". 

 

Wanita lebih tabah dan mudah beralah jika berlakunya pertengkaran.
 Betul ke ada lagi wanita seperti ini?

 Mungkin betul dan mungkin juga tidak, ini kerana wanita zaman moden
dilihat lebih yakin dan cerdik dalam membuat keputusan.
Lagi pun kata orang Bunga Bukan Sekuntum,
Kumbang Bukan Seekor.
 Apa pendapat anda jika hati sering dilukakan oleh orang tersayang,
 terus bertahan atau bye2? 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Motivation

by on February 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


rasa rindddduuu sangatttt..ceh..
padahal baru 2 hari je pun..ha..ha..ha...
hari ini kembali seperti biasa..
bekerja di office :)
Good Morning...
Assalamualaikum...
Selamat Pagi... ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 February, 2016

Please jangan guna perkataan ini dalam Interview

by on February 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


lepas stpm sehinggalah sekarang ini nieyl pernah sekali je kena interview dalam bahasa English..
itupun time nak kerja GOV nie lahh..
sesi pertama dalam bahasa melayu..
keluar dari bilik interview di beri masa 10 minit..
untuk prepare jawab soalan in English..
berdebor-debor jantung nie..

Kalau interview  berlangsung dalam Bahasa Inggeris, please dan berhati-hati dengan 5 perkataan ini:

 1. Whatever 
 Biasa kan cakap 'whatever-lah' dengan kawan-kawan? Ha, hati-hati dengan perkataan ni semasa sesi temu duga! Sebabnya, survey mendapati bahawa perkataan whatever adalah perkataan paling annoying pada tahun 2015. You don't wanna annoy your future employer, do you? 

2. Stuff/Things
 Berikan hujah kita secara spesifik tanpa menyebut stuff atau things. Dua perkataan ini kedengaran samar, tidak matang dan membosankan. Kembangkan pembendaharaan kata kita menjelang temu duga, dan latih penggunaan perkataan-perkataan spesifik dalam huraian; contohnya "Some of the responsibilities/tasks/challenges/ that I took on was..."

 3. Honestly 
 Pernah dengar tentang over-emphasizing? Perkataan ini memberi implikasi yang sama. Jika anda asyik cuba meyakinkan penemu duga anda dengan istilah ini, sebenarnya anda sedang memberi persepsi bahawa anda sebenarnya tidak jujur.

 4. No 
 Jangan sekali-kali jawab "No" sekiranya bakal majikan bertanya sama ada anda mempunyai apa-apa soalan kepada mereka. Berkata tidak memberikan impresi bahawa anda tidak berminat terhadap pekerjaan tersebut. Sebaiknya, sediakan soalan seperti perjalanan perkembangan kerjaya atau aspek-aspek pekerjaan yang menarik minat kamu.

 5. Hardworking 
 Jauhi deskripsi diri yang klise seperti hardworking atau self-starter. Kualiti ini seharusnya boleh dipancarkan melalui cara kita membawa diri dan bercakap. Lebih baik jika kita mengetengahkan aspek lain seperti penyelesaian masalah dan kreativiti.

semoga ianya berjaya.. :)
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 hari berkursus

by on February 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Di saat ini nieyl dalam dewan hadiri kursus 2 hari...
cepatlah 2 hari ini berlalu... (sebab x suka naik bas,mabuk)


Happy working semua ♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

22 February, 2016

Menarik atau tidak..itulah jodoh ♥

by on February 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kadang² bila baca whatsapp group belah en.husband nie..
boleh buat orang tergelak tau..
Adik² ipar yg perempuan kata abg² dieorg nie gelap..hitam..
tapi dapat isteri putih²..huhuhu...

Jika diberikan pilihan, pasti kita akan memilih pasangan yang menarik dari segi paras rupa, yang sedap mata memandang yang molek dan segala-gala yang elok la. Namun tak bermakna yang tak menarik dan tak terpilih. Ada wanita yang dalam diam meminati lelaki yang kurang menarik berbanding lelaki yang handsome dan sedap mata memandang..

 1. Memuja pasangan 
Jika lelaki yang tak handsome dapat kamu yang cantik, haruslah mereka bersyukur habis-habisan. Sanggup buat apa sahaja.

2. Lebih beri perhatian 
Lelaki yang tak menarik berbanding kamu, pastilah dia akan beri sepenuh dan setulus perhatian kepadamu. Menjagamu dengan setulus hatinya namun ada juga sampai tahap merimaskan.

3. Lebih bertolak ansur 
Biasanya lelaki kurang menarik, akan lebih mudah bertolak ansur kerana sifat mereka yang kurang yakin dengan diri sendiri bila bersama kamu. Mereka juga akan cepat cair bila berhadapan dengan kamu.

4. Dapat Hindari Cemburu 
Wanita akan lebih selamat kerana tiada persaingan merebut hati lelaki yang akhirnya akan membawa kepada patah hati.


Apa² pun itu semua adalah JODOH..
JODOH yang telah Allah tetapkan untuk kita..
terima segalanya denga hati yang terbuka :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

bahaya menahan berak atau buang air besar

by on February 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

buruknya muka menahan :P

Ok nieyl nak share artikel tentang menahan berak atau buang air besar
jangan malu..kita kena tahu semua benda nie..
sebab ianya amat merbahaya untuk kesihatan kita.

Menahan berak/membuang air besar tentu sekali semua orang pernah melakukannya di sekolah, tempat belajar, pejabat atau dimana saja. Tahan berak sudah tentu akan membuat anda merasa tidak selesa dan perut akan sakit. 

Angin akan mula terkumpul didalam perut maka anda akan kerap membuang angin/kentut. Bukan soal kentut yang ingin diceritakan tetapi kesan lebih serius akibat menahan berak dan ini mungkin lebih berbahaya dari menahan air kecil (kencing).

Terlalu sering menunda berak akan menyebabkan tahi mula mengeras. Tahi yang mengeras menjadikan pengeluarannya tidak lancar, bahkan boleh menyebabkan usus tersumbat. Ada pula yang mengatakan, racun-racun dalam tahi akan terserap kembali ke dalam tubuh sekaligus menyebabkan pening kepala.

 Selain itu, gemar menahan berak turut berisiko menghadapi penyakit serius seperti masalah jantung, kekejangan bahkan boleh menyebabkan kematian. Dipetik dari Prevention, sebaiknya jangan sesekali menahan dari membuang air besar apabila tiba waktunya.

Manusia normal membuang air besar minimum 3 kali dalam seminggu kata Kyle Staller, seorang pakar kesihatan dari Boston, Amerika Syarikat
   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bila tiba monday

by on February 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 





Selamat Bekerja semua ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png