13 January, 2016

Tips Kecantikan : Solution Jaga Kulit Muka Kering

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kalau semalam nieyl dah share ciri² kulit kering [click here]
so,petang nie nak share cara jaga kulit yang kering..
sebab semalam ada komen yang tanya solution :)


Cara Jaga kulit Muka Kering

  • Elakkan penggunaan sabun muka yang sembarangan kerana sabun muka boleh mengurangkan kadar normal pengeluaran minyak.Seeloknya guna sabun muka yang mengandungi minyak zaitun atau gliserol.
  • Bagi mereka yang mempunyai kulit seperti ini,tidak digalakkan mencuci muka menggunakan air suam.Air bersih sahaja sudah memadai. Sekiranya kulit muka mengalami kekeringan yang serius,disyorkan menggunakan pembersih muka yang khusus untuk kulit muka kering.Pilih yang mengandungi susu untuk lebih efektif.
  •  Penggunaan masker amatlah digalakkan bagi mereka berkulit kering kerana masker muka berupaya melembabkan kulit muka kita. Nieyl suka bahagian masker sebab rasa tenang dan hilang stress.Hehe.
  • Ambil supplemen tambahan untuk kulit muka yang lebih lembap dan glowing. Nieyl syorkan supplemen yang mengandungi collagen.
  • Minum air putih yang banyak.Yang ni memang mujarab yang amat. Nieyl selalu amalkan walaupun bukan kulit kering.  


    -LOVE NIEYL♥-
    Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)