Teknik Untuk Elak Dagu Berlapis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Baik mengaku siapa yang ada dagu macam nie??

"yea..saya lah orangnya itu"

haha..macam mana nak hilangkan?
cari punya cari..terjumpa tips untuk hilangkan lelemak kat dagu nie..hihi..

1. Jangan Tidur Siang 
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.

 2. Urutan Lakukan urutan wajah setiap hari. 
Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.

 3. Jaga Pemakanan
 Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.

 4. Masker Putih Telur 
Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.

 5. Senaman Wajah 
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, kita juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.

 6. Ketawa/ Berbicara 
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu kita runcing.


Kalau tengok yang selalu kita amalkan secara tidak sengaja...
no.6 tu jelaaaa kann..no.1 tu hmm...kena kerja keras sikit lah mcnie..hihi..


-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. hahaha..okayh ini mmg akak kene praktikkan nie...dh teruk nau dh dagu akak skang nie..hahaha

    ReplyDelete
  2. akak pun...bukan double tapi triple lagi...hihihiii...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...