14 January, 2016

Tangan Wanita Cepat Kedut & Kasar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau mana² kita terbaca pun lah...
iklan sana sini semuanya pasal kulit muka / wajah kan...
Tapi jangan kita lupa,penjagaan kulit tangan kita nie pun kita kena jaga sama jugak tau..

Yela,lagi² kaum wanita mcm kita nie kan...
berendam dengan air jangan cakap la kan..
naik kembang²..buat kerja sampai kasar² tangan tu..

Nieyl nak share punca kena kulit tangan kita nie boleh cepat kedut pastu kasar..:)

 1. Pencuci Ada Bahan Kimia
Pilih pencuci daripada bahan alami yang lembut dan tidak memberi kesan sampingan. Pencuci yang mempunyai kandungan kimia tinggi menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Ia juga membuatkan tangan anda kasar. Ha..lepas nie berhati² memilih pencuci tangan ok..

 2. Kerap Cuci Tangan
Jangan terlalu kerap mencuci tangan kerana ia boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit. Ia menyebabkan kulit mudah kering dan proses penuaan berlaku dengan pantas. Aishh..kalau orang perempuan,tak kerap cuci tangan tu bermasalah la kan..mana boleh..hihihi

 3. Tak Urut
Majoriti wanita melakukan urutan pada wajah dan tubuh. Namun tidak ramai yang memfokuskan kepada urutan tangan. Anggota tubuh ini sering digunakan untuk melakukan pelbagai kerja. Lantaran, kita mesti bersikap adil dengan tubuh. Wanita disarankan melakukan urutan tangan setiap hari. Pagi dan malam adalah waktu yang terbaik. Urutan ini dapat melancarkan perjalanan darah dan menghilangkan keletihan tangan.

 4. Malas Pakai Losen
Alasan leceh dan cepat sering diberikan kaum Hawa. Mereka merasakan amalan memakai losen tangan tidak begitu penting. Sikap ini mesti dihentikan, jika mahukan tangan yang menawan. Anda mesti mengoles losen sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama mereka yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin. eh..nieyl sentiasa standby ok losen di mana²..
sebab kulit kering :)

 5. Tak Guna Krim Tabir Suria
Tangan sering terdedah kepada cahaya terutama ketika memandu kenderaan. Gunakan krim tabir suria untuk melindungi kulit tangan daripada selaran matahari. Krim ini membantu kulit kekal cerah dan anjal. Hmm..yang ini nieyl belum mencuba lagi...

 6. Kerap Merias Kuku
Jangan terlalu kerap merias kuku kerana gel manikur mempunyai kesan yang sama seperti cahaya matahari. Ia menjadikan kulit menjadi kering, kusam dan kelihatan tua.
Yang nie tida pernah buat :P

 7. Guna Hand Sanitizer
Kebanyakan hand sanitizer ada kandungan alkohol yang tinggi. Sudah tentu ini menghakis kelembapan kulit dan menjadikan kulit kering dan penuaan berlaku dengan pantas. Kurangkan penggunaan hand sanitizer, sebaik-baiknya elakkan.
Ooo..yang nie nieyl baru tahu..sbb nieyl pun kerap jugak guna untuk bunuh kuman..

oklah itu sahaja sharing nieyl hari ini...
jangan lupa take noted ok...:)


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. banyak kegunaan tangan wanita nie

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kata wanita memang banyak guna air especially masa kat dapur
    Itulah sebabnya kena berlotion selalu - tapi kakak ni bila nak tidur dan pergi kerja aje pakai.

    ReplyDelete
  3. ooo..sanitizer pun x elok rupanye yee..tp kalau duk umah jrg nk pakai losyen sbb jap2 kena basuh tu basuh ni..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)