08 January, 2016

Sunnah Dalam Memberi salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




Ramai di antara kita semakin terlupa akan kepentingan mengucapkan salam.
 Sedangkan sebagai seorang Muslim, memberi salam itu adalah Sunnah Rasulullah SAW. 
Kita lebih selesa mengucapkan “hai” atau memanggil nama ketika berjumpa dengan saudara seagama. Salam itu menimbulkan kemesraan yang menjadi kasih sayang seterusnya menghadirkan rahmat dan iman di dalam hati.

Secara jujurnya..begitu lah kita kan...
jumpa lah kat mana² sangat jarang bagi salam..
selalu akan cakap haiii...haiiii...

Perkataan Hai tu dah menjadi satu perkataan yang wajib setiap kali
berjumpa dengan orangkan..Apa kata..
lepas kita baca entry nieyl nie...
kita sama² lakukan perubahan :)
termasuk diri nieyl sendiri...:)


Sunnah dalam memberi salam ialah seperti berikut:

  1. Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. 
  2. Orang yang berdiri/ berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  3. Individu (seorang) memberi salam kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai. 
  4. Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  5. Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur. 
  6. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. 
  7. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. 
  8. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat. 
  9. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.” 
  10. Sunat menjawab salam yang dikirim melalui orang lain.



-selamat beramal-




-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Tempat kakak ni ada satu non Muslim suka beri salam
    Kakak selalu cakap. You dah pandai bagi salam belajar ucap syadah mana tahu instead jadi sahabat boleh jadi saudara Islam. Dia sengih aje Nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)