Senangnya bercerai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KUALA LUMPUR – Hanya kerana sebotol cecair mandian, rumah tangga yang dibina sejak lima tahun hampir runtuh apabila seorang suami berusia awal 30-an mahu melafazkan cerai ke atas isterinya. 

Itu antara isu remeh-temeh yang menjadi punca perceraian pasangan di negara ini seperti yang diceritakan seorang penceramah kursus praperkahwinan di Selangor, Muhammad Ariffin Mohd. Dalhal. Beliau yang mengendalikan kes ber­kenaan memberitahu, mahligai yang dibina pasangan itu pada awal tahun 2000 itu menjadi porak-peranda apabila kedua-duanya mempunyai pandangan yang berbeza berhubung cara yang paling tepat menggunakan sabun mandi. 

 “Suami pasangan itu lebih suka menambah air di dalam botol sabun yang hampir habis kerana mahu berjimat. Namun, isterinya pula lebih gemar buang botol itu terus dan membeli sabun baharu. “Rupa-rupanya sikap suaminya itu tidak disenangi isterinya. 

Disebabkan perkara kecil itu, mereka bergaduh besar sebelum hampir mahu bercerai,” katanya yang berjaya menyelamatkan pasa­ngan itu yang berasal dari Selangor selepas mereka menghadiri sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kisah yang dikongsi Penolong Pengarah Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Maryam Md. Zin juga dianggap remeh dan melucukan namun pernah berlaku kepada satu pasangan baru-baru ini.

Maryam berkata, beliau sendiri tidak menduga seorang suami terdorong menceraikan isteri­nya kerana benci terhadap perlakuan wanita itu yang suka meninggalkan sisa kerepek di dalam kereta. “Bila dah hampir setiap hari bertengkar atas alasan sama, suami hilang sabar lalu ambil keputusan semberono ceraikan isterinya yang disifatkannya pengotor,” katanya yang menerima pelbagai kes melibatkan pasangan yang ingin bercerai atas alasan remeh. 

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. macam-macam alasan kalau nak bercerai ni. dah namanya nak bercerai dan dah tak serasi bersama sebab yang remeh-temeh pun boleh diperbesarkan...

    ReplyDelete
  2. mengarut betul...ni la kekdahnya bila benda kecik nak diperbesarkan

    ReplyDelete
  3. hahaha...mcm2 hal ..dah tau suami tak suka .. isteri tak suka jgn buat ... cuba jgn degil dlm perhubungan ,.... kita kena saling bekerjasama kalau nak bahagia .... mende remeh mcm ni tak boleh nk hadap tatau la ....
    resepi kebahagian ialah saling melengkapi ... klu kita tak usaha memang tak berjaya ... tp jika telah termaktub jodoh sampai di situ itu kerja Allah

    ReplyDelete
  4. kalau dah tak suka, mcm2 alasan..dulu time bercinta xde plak komplen kannnn..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...