18 January, 2016

Menghadapi musim panas El Nino

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



SUDAH beberapa hari cuaca di kebanyakan kawasan di negara ini begitu panas yang luar biasa. Kemungkinan besar fenomena El Nino yang dijangkakan berlaku telah bermula. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi cabaran yang belum pasti seteruk manakah nanti kesannya. Sudah semestinya, ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita

Sehubungan itu, penulis ingin menasihatkan dan memberi amaran serta panduan awal untuk kita semua agar menjaga kesihatan di sepanjang cuaca panas ini. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk menjaga kesihatan diri.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa strok haba semasa cuaca panas.

Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu mereka yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain di mana mereka terdedah lebih lama dalam cuaca panas kerana tugas mereka.

 Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah juga mempunyai risiko yang sama. Begitu juga orang yang menghidap penyakit sistem pernafasan, penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid di mana kadar kehilangan air dalam badan akan lebih ketara daripada orang biasa. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan atau pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah seperti sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot atau kekejangan, mual dan muntah. Dalam keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah dengan meminum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. Minum minuman isotonik kerana ini boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah atau bangunan iaitu tempat yang teduh serta hadkan aktiviti luar. Kita hendaklah kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan kita. Dari segi pemakaian pula kita perlulah memakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar. Kita boleh memakai topi atau payung yang besar jika terpaksa keluar dari rumah Semasa musim panas ini kita hendaklah mengelakkan dari mengambil minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi kerana ini akan menyebabkan badan kita lebih mudah terhidrasi.

Jangan sesekali membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup kerana boleh menyebabkan strok haba dan tidak perlu bersenam dalam cuaca panas. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan suhu panas, ingat tip-tip ini iaitu keluar dari kawasan yang panas secepat mungkin, tanggalkan pakaian yang ketat dan meletakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.

Kita boleh menggunakan kipas untuk sejukkan badan serta minum air setiap 15 minit. Jika masih terdapat tanda-tanda dehidrasi dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal. Semoga cuaca panas ini tidaklah seteruk yang dijangka, namun kita harus sentiasa bersedia dan menjaga kesihatan diri.

Jadikan nasihat dan panduan yang diberi ini sebagai persiapan untuk diri dan keluarga kita menghadapi El Nino.

DR. NORZAIDI ZAKARIA
Biro Media Pertubuhan 
Doktor-Doktor Islam Malaysia -
See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/menghadapi-musim-panas-el-nino-1.180650#sthash.aeThRTj8.dpuf

keratan akhbar utusan malaysia 18 Januari 2016
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. strok haba sgt bahaya..moga semua kita baik2 aje kan :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah Putrajaya hari2 hujan sekarang ni ....

    ReplyDelete
  3. Johor belum rasa sangat Nieyl sebab boleh katakan tiap hari mesti hujan lebat tapi bila panas tu aduhai panasnya. Cuma sebab dlm office, dlm rumah, dlm kereta semuanya aircond jadi kita tak rasa sangat. Cuba jenjalan mesti berpeluh sakan agaknya kan.

    ReplyDelete
  4. kene bnyk minum air masak dan avoid aktivit luar kan buat mase nie

    ReplyDelete
  5. Mmg bahang sgt..skang nie kat umah akak ekon mmg 24jam pasang..nak keluar pun rase bercinta sgtttt..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)