Makan Dengan Tangan Kiri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Orang yang kidal mungkin ada sesetengah orang yang tidak biasa makan menggunakan tangan kanan. Tetapi tangan kiri sememangnya tidak sesuai digunakan untuk menyuap makan ke mulut. Tapi, mengapa? 

 Hukum asal untuk seseorang Muslim itu makan adalah dengan menggunakan tangan kanan berdasarkan hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Janganlah sesiapa daripada kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari). 

 Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya disebabkan tangan kanannya kudung, cacat, lumpuh, sakit atau sebagainya. Maka ketika itu hukumnya adalah harus dia makan menggunakan tangan kiri kerana seseorang tidak diperintahkan melebihi dari kemampuannya. Manakala maksud makan ialah perlakuan menyuap makanan ke dalam mulut dan itu yang dituntut dengan tangan kanan.

 Ada pun memindahkan makanan daripada hidangan ke dalam pinggan seperti mencedok makanan dari bekas hidangan, perbuatan itu tidaklah dinamakan makan. Jika dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang ada sisa makanan dan boleh menimbulkan perasaan tidak selesa orang lain yang makan bersama kita, maka tidak mengapa menggunakan tangan kiri. Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga diambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

nieyl ada anak saudara yang sememangnya kidal...
everything memang banyak gunakan tangan kiri..
time kecik dlu...memang dia makan guna tangan kidal...
Puas ajar guna tangan kanan...Alhamdulillah...
lama² dia dah boleh bezakan time makan guna tangan kanan...
tapi memang kena ajar dari kecil..:)


-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. akak bnyk terasa bab nie..dah cuba kot mkn pakai sudu guna tgn kanan mmg tak boleh lgsg..uhuks..dulu mase kecik penah kene halau ddk makan sorg sb makan pakai sudu guna tgn kiri.. Y__Y

    ReplyDelete
  2. Org kidal biasanya melukis cantik tau Nieyl.
    Bukan mudah kalau dah biasa kidal tetiba kena tukar - jadi memang kena ajar dari keciklah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..akak ramai gak kawan yang kidal..tapi bab makan memang guna tangan kanan..hihihihi

    ReplyDelete
  4. susah ye kalau kidal..kena usaha lebih sikit..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...