Kurus di hari bahagia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila terbaca panduaan kurus sebelum hari bahagia..
teringat zaman masa nak kahwin dulu..
ini cerita 3 tahun yang lepas...
Saje nak throwback ckit..

Lepas sahaja bertunang..
Terus nekad dalam diri nak kurus time nikah ngan kahwin..
walaupun sebenarnya taklah nak kurus sangat macam lidi tu...
orang kata badan sesedang cmtu...

So, time tu produk paling laris n popular time tuh...
SDII..ha..mesti pernah dengar kan...
Akak makan nie dik non...
minum lebih kurang 4 bulan cmtu...
dan selama itulah sebutir nasi pun akk x jamah tau...adoi...
sampai tgk nasi pun dah x lalu...

Alhamdulillah...memang berjaya sangat laaaa...
boleh pakai baju kurung moden time nikah..
boleh la pakai baju cecantik...hahaha...

Pada hari majlis perkahwinan..
musnah terus diet yang selama 4 bulan tu...hahaha..
sampai la skrg nie..hahaha... :P

Ok..sini nak share kat uolls yang tak nak makan nasi..
uolls boleh amek sumber² nie okey...




Putih telur 
Makanlah putih telur kerana ia dapat meningkatkan metabolisme badan anda. Apabila metabolisme meningkat, tubuh akan bekerja keras untuk memecahkan lemak. Kemudian, asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membina otot tubuh. 

 Oat
Walaupun oat tidak digemari kerana rasanya, namun khasiatnya sudah diketahui umum. Oat merupakan menu wajib untuk bakal pengantin yang sedang berdiet. Oat tidak mempunyai gula tambahan dan mampu melancarkan peredaran darah. Aliran darah yang lancar boleh menghilangkan rasa takut dan gusar anda tentang persiapan hari bahagia yang bakal tiba. 

 Keju 
Jangan takut untuk makan keju tapi berpada-padalah. Jangan sampai diari diet anda musnah kerana keju. Protein yang terdapat dalam keju boleh membantu keberkesanan diari diet anda. 

 Yogurt rendah lemak
Yogurt semestinya pilihan yang terbaik bagi anda yang sedang berdiet. Namun, sebelum membeli yogurt kegemaran anda itu, pastikan ianya rendak lemak. Anda boleh makan yogurt begitu sahaja sebagai snek atau jadikannya sebagai bahan tambahan di dalam sandwic atau salad bagi menggantikan mayones. Yogurt mempunyai kurang daripada 10 kalori dan sangat sesuai untuk mengurangkan berat badan. 

 Coklat panas 
Tidak salah untuk anda minum coklat panas. Namun, pilihlah yang rendah lemak atau kurang manis. Campuran koko di dalam secawan coklat panas itu mampu memberikan anda kekenyangan. Sesuai diminum pada waktu anda bersarapan. Secawan coklat panas tanpa lemak hanya mempunyai kira-kira 50 kalori sahaja. Jadi jangan ‘kuburkan’ minuman kegemaran anda semata-mata untuk berdiet di hari persandingan!.


-LOVE NIEYL♥-
   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Amboi Nieyl! mesti ramai yg suka baca ni especiallh those yg nak ada majlis bahagia kan.
    Tapi kita pun boleh juga amalkan ni Nieyl:)

    ReplyDelete
  2. Rujukan untuk bakal2 pengantin ☺

    ReplyDelete
  3. akak penah minum sd11 nie nieyl..mmg kurus..kurus sgt smpkan member akak ade yg tegur depan belakang flat jer..mcm tinggal tulang..cis..hahaha..tp mmg kurus selim melim la..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...