Kecilkan Lengan Yang Gelebeh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa ada masalah lengan seperti ini angkat tangan??
hihi...saya...sebab bila dah kurus sikit mesti masalah nie timbul..
meh usha apa yang kita boleh buat untuk kecilkan lengan kita nie..


1. Angkat berat 
Jadikan gim sebagai rumah kedua demi mendapatkan tubuh yang diinginkan. Kalau kita nak sangat sepasang lengan yang cantik maka amalkan latihan angkat berat ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Mulakan dengan beban yang mampu diangkat tetapi dapatkan bantuan daripada jurulatih bertauliah. Jika tidak ada kelapangan masa untuk pergi ke gim, beli dumbbell di kedai yang menjual peralatan senaman dan praktik di rumah. wah!kalau nieyl angkat senduk,kuali insyaÁllah lah..hihi

2. Makanan kena pandai pilih 
Kena bijak gabungkan kumpulan makanan bagi mendapatkan bentuk tubuh menawan dan lengan yang cantik. Utamakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Dengan mengambil makanan daripada kumpulan tersebut, hasilnya cukup baik dan cepat berbanding diet dengan cara berlapar. InsyaÁllah sedang mencubaa..

3. Minum air yang cukup 
Ramai sedia maklum bahawa air cukup penting bagi membuang sisa toksik di dalam badan. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan termasuklah di bahagian lengan.  Yang ini tak suruh pun memang di amalkan.

 4. Ringankan tubuh bersenam
 Aerobik adalah medium yang paling berkesan untuk menggerakkan keseluruhan badan. Gerak senam ‘windmill’ atau kincir angin pula dikatakan berupaya memberikan bentuk lengan yang kurus. Caranya mudah, dengan mengangkat kedua belah tangan. Tangan kanan dikehendaki mencapai kaki kiri dan bangun semula untuk mengulang perbuatan yang sama di tangan serta kaki berbeza. Atau lebih mudah buat seakan menumbuk sesuatu bagi mendapatkan sepasang lengan yang pejal.  

 5. Tekan tubi 
Lengan kurus dapat dibentuk dengan senaman tekan tubi. Pergerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Cita-cita anda untuk mendapatkan sepasang lengan cantik mungkin tercapai apabila dilakukan secara konsisten.


-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Good tips...lya bukan d kategori ini hihi

    ReplyDelete
  2. Tip yang menarik kak..
    Boleh cuba nie (=

    ReplyDelete
  3. Betul2.. itulah masalah yang terpaksa dihadapi bila berat badan menyusut.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...