Buku Mewarna

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kebelakangan ni nieyl selalu nampak buku mewarna..
tapi buku mewarna nie lebih kepada untuk dewasa..
Lebih berkonsepkan floria macam tu laa...
Saja cari info tentang buku mewarna nie..
Ok ini yang nieyl nak share.. :) kelebihannya

1. Lebih kreatif
Kita akan berhadapan dengan banyak warna untuk dipilih. Haaa... walaupun sewaktu mewarna kita rasa tak dinilai tapi pasti timbul satu perasaan excited untuk anda hasilkan gambar yang diwarna kelihatan lebih unik dan cantik. Ya, ini secara tak langsung membuat anda jadi lebih kreatif untuk menghasilkan karya seni yang bagus dengan warna menarik.

 2. Hilangkan tekanan
Tahukah kita dengan mewarna boleh hapuskan stres dengan cara yang mudah apalagi sambil mendengarkan muzik. Mewarna tak perlukan berfikir, tapi cukup kita menikmatinya. kita juga akan rasa boleh lepas dari segala beban, kritikan atau pandangan setiap orang. Sebab kita tak akan peduli hasil mewarna jadi cantik atau tidak. Kata seni, haruslah segala bagai karya yang kita hasilkan akan bernilai dan berharga! 

 3. Tenangkan fikiran dengan cara jimat
Kalau nak join kelas meditasi, kita memerlukan duit, tapi dengan mewarna langsung tak perlukan keluar duit. Ada pensil warna dan gambar, in shaa Allah lebih daripada cukup! Lagi seronok, manfaatnya sama besar seperti kita melakukan meditasi. Mewarna juga boleh tenangkan fikiran dan membuat emosi lebih stabil. Dalam tak sedar, kita jadi lebih sabar.

 4. Latih kemahiran motor
Mungkin kena banyak menggunakan tangan dan inilah yang membantu kita melatih gerakan tangan atau kemahiran motor, baik halus mahupun kasar. Jangan lupa warnakan bahagian gambar yang kecil untuk melatih otot tangan.

 5. Meningkatkan tumpuan
Siapa sangka dunia mewarna juga perlukan tumpuan yang jelas. kita boleh melatih tahap peka ketika mewarna sehingga selesai. Cara inilah yang mampu meningkatkan produktivi di dalam bidang lain dan membantu anda lebih fokus terhadap apa yang kita buat.

 6. Hilangkan perasaan negatif
Warna-warna yang cerah sangat mempengaruhi mood. Dan ketika anda melihat kombinasi warna yang ceria, secara tak langsung anda akan nampak sudut yang positif dan otak rasa lebih 'fresh'. kita juga lebih peka mengekspresikan diri dan menghapuskan fikiran negatif, secara automatik kita akan jadi sangat bahagia.  


wah..menarik kelebihannya...sbb nieyl memang ada
problem nak fokus n stress..
nanti nak try la :)


-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. KANN SEBAB TU biase pakar pakar kanak-kanak suka suruh budak2 mewarna utk ekpress perasaan diaorg

    ReplyDelete
  2. hari tu ada tertengok di mph. cantik cantik lukisannya. cuma nak cari masa nak mewarna ni. adoi..kang ada yang tumpang mewarna sekali.

    ReplyDelete
  3. buku secret garden tu kan...kawan akak ade beli....siap ngan kaler yg byk2 tu...

    akak??? mmg tak le nak buat bende2 nieyl...byk lagi keje aku oiiii hahaahahahahaah

    ReplyDelete
  4. Akak tengok buku mewarna untuk orang dewasa ni memang dah banyak di Negara eropah. Masa akak ke Frankfurt Book Fair bulan Oktober 2015 aritu memang banyak penerbit dah keluarkan buku mewarna. Memang cantik2. Buku mewarna untuk orang dewasa ni memang bukan asing bagi mereka. Cuma di Malaysia ni je masih baru. Tapi awal tahun haritu, ada dengar satu kursus mewarna untuk orang dewasa diadakan di KL. Menarik bunyiknya kan? Jomlah kita cuba ramai2 :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...