29 January, 2016

7 Habit Untuk Kulit 'Glowing'

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ada orang tanya..
muka nieyl sentiasa glowing..
kalau dalam gambar pun nampak cantik ..
Jerawat pun tak ada..
adoi..malu nyer..

Kalau nak cakap jerawat tak ada tu..
memang tak ada sekarang nie..
Sebab jerawat nie musuh no.1 nieyl..
tapi Alhamdulillah..jerawat akan tumbuh sekejap je..
dalam sehari 2..dia hilang...wah!seronok..
jadi,amalkan la amek vitamin C yea..:P

meh..nak share sikit untuk dapatkan kulit yang glowing..
Jangan harap make up je tebal..


1. Gunakan serum antioksida 

 Antioksidan dari vitamin C dan E membantu menghalang kulit dari dehidrasi dan juga mengelakkan radikal berbahaya, sinar UV, pencemaran dan juga habit makan yang tidak sihat.

 Gunakan serum ini sebaik sahaja membersih wajah, tunggu beberapa ketika kemudian oleskan pelembap. Serum ini menggandakan efek pelembap dan 'sunscreen' anda kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya.

2. Lebihkan protein dalam diet  

 Sarapan yang tinggi protein seperti telur, yogurt dan kekacang membina kolagen dalam kulit. Kolagen adalah protein yang memastikan kulit anda tegang dan muda.

 Mereka yang banyak mengambil protein lebih cenderung untuk kenyang lebih lama dan tidak terlebih makan. Protein juga merupakan blok asas dalam pertumbuhan rambut sihat.


3. Gunakan SPF 

 Wajib digunakan setiap hari walaupun hari mendung. Kandungan SPF pada pelembap dan juga mekap tidak mencukupi untuk memberi perlindungan optima.

 Sapukan pada seluruh wajah, termasuk pada bahagian mata, leher dan juga tangan anda kerana kawasan ini cenderung menunjukkan penuaan.


 4. Hidrasi dalam dan luar 

 Dehidrasi akan membuatkan kompleksi anda pucat dan lesu. Sebaik bangun dari tidur, anda perlu menambah kandungan cecair dalam badan.

 Setiap pagi, minum segelas air lemon suam untuk penambahan Vitamin C dan memastikan penghasilan kolagen berjalan lancar. Ia juga bakal memberikan wajah anda kompleksi yang segar.


 5. Gerak badan 

 Bersenam dan menggerakkan badan secara konsisten pada waktu pagi mampu menambah adrenalin, beri badan anda tenaga dan menambah kandungan oksigen dalam badan.

 Kajian menunjukkan mereka yang bersenam pada waktu pagi, tidur mereka lebih lena pada waktu malam. Jadi pastikan anda menyelit aktiviti senaman pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

 6. 'Mist'kan wajah

 Gunakan air mineral untuk ini. Simpan air mineral dalam peti ais dan sembur pada wajah anda setiap pagi. Terdapat banyak produk sebegini di pasaran jadi ia bukanlah sukar untuk didapati.

 Wajah anda akan rasa lebih segar dan 'awake'. Air yang sejuk itu juga akan mengurangkan kesembapan wajah anda.


 7. Minum teh hijau 

 Mereka yang ketagihan kafein pada waktu pagi, dapatkan ia dari teh hijau. Ia kaya dengan flavenoid yang kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel.

 Tidaklah bermakna anda tidak boleh minum kopi, kopi juga ada antioksidan dan juga diketahui mempercepatkan metabolisme. Kalau boleh janganlah minum dua cawan kopi, tukarkan dengan teh hijau. Ia lebih baik.


**antara kat atas tu,biasa nieyl amalkan no.1 dan no.3..


-LOVE NIEYL♥-


autopublish by nieyl♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. ALAHAIII AKAK KENE START MERAJINKAN DIRI NIE~

    ReplyDelete
  2. Ini yg buat kakak macam nak cubit aje pipi montel Nieyl tu:)
    Utk buat yg no. 6 memang tak adalah kakak ni Nieyl.

    ReplyDelete
  3. sy nye serum nutox jatuh pecah sudah...dahla mhlll T_T

    ReplyDelete
  4. wah!! sya nak flawless mcm akak jgk. smgt ni =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)