08 December, 2015

Teater : Bawang Putih Bawang Merah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa pernah atau suka tengok teater?
Yang lepas teater "Mok Cun"tak berkesempatan nak pergi tengok..
Dengarnya sambutan menggalakkan..Last week teater
"bawang Putih bawang Merah" sekali lagi arahan Eirma Fatimah
di pentaskan di istana budaya bermula 3- 8 Disember 2015.

Barisan pelakon yang hebat²..
antaranya 
Nur Fathia Latiff, Juliana Evans, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Syarul Ridzwan, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Dafi , Ungku Ismail Aziz dan  Tya Arifin.

Ini merupakan kali pertama nieyl pergi menonton teater..
sebab nak merasai sendiri kelainan bila menonton live..
 Dari office terus ke IB..sebab takut jalan jem..
so,sampai kira awak jugak laaa...
Lepas amek tiket..bergambar setiap sudut yg ada poster..haha..
Kebetulan time tu tak ada org lagi..
 Muka masing² kepenatan..ku relakan jugaaaa....
 amboi² bukan main menyelit ko ye nieyl..haha...
nasib baik patung kertas je..haha
Bersama bawang merah dan putera raja..
Actually,nieyl mmg minat dgn SR nie..dari segi lakonan dia..
dia boleh bawa apa saja watak dengan baik..so,hari tu terlepas
teater lakonan pertama dia..
Tenggelamnya Kapal van der Wijck..
so,this time tak nak lepaskan peluang yang ada..hihihi..
 Time nie belum start lagi...dalam pukul9 baru start..
Putera raja yang sangat ensem..hihi..
 Si bongkok tidak boleh terima kenyataan yang merah akan mengahwini putera raja..
kesian si bongkok..sgt hebat lakonan beto dlm teater nie...
 cuba teka..siapa jadi nenek kebayan tu?
ha..itu nabila huda...
 bawang merah sedang menari dan menyanyi..
 Mak kundur (mak bawang putih ) dan Mak Labu ( mak bawang merah)
lakonan adik beradik yang sgt best..
 setiap lakonan live nie...
kita dapat rasa,bawang merah nie di pukul betul² tau..
asyik kena tarik rambut je...
Si putih yang sangat jahat...selalu nak cari pasal dengan merah..
Keseluruhannya..
Nieyl rasa dah jatuh cinta dengan teater bawang putih bawang merah nie...
lakonan setiap pelakon memang yang terbaik..
Dia buat kita rasa semua perasaan...

Perasaan Marah..Sedih...Kelakar...
Membuatkan kita rasa tidak rugi untuk menonton...
Dekorasi pentas yang sangat cantik..sgt kreatif...

Hari ini adalah hari terakhir pementasan teater bawang putih bawang merah..:)
semoga dipermudahkan urusan mereka hari ini...

p/s: nieyl x tunggu utk sesi bergambar dgn pelakon..
sbb kena tggu agak lama time tu...so,nieyl balik awal.. :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

12 comments:

  1. huwaaaaa jelesnye akak..akak suke gile tgk teater..tp sejak dh ade anak nie mmg dh lama dh xgie..;(

    ReplyDelete
  2. Bestnya Nieyl..
    Akak dah lama tak tengok teater..
    Memang best tengok lakonan secara live ni..
    Meresap ke jiwa hihihi :)

    ReplyDelete
  3. amboiii diaa...cantik gambar semuaa..hikhikhik

    ReplyDelete
  4. Kakak tak pernah tengok teater sejak dah habis belajar Nieyl
    Cerita BPBM ni kakak rasa dah jadi legenda org kita memang bestlah bila yg melakonkan semuanya pelakon hebat. Tak rugi pergi.

    ReplyDelete
  5. waaa, sy tak pernah lg tgk teaterrr

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa tengok teater.. Lissa pernah sekali ja.. huhu

    ReplyDelete
  7. OMG nieyl.
    sgt la best dpt gi :)
    aida memang minat SR. but tu la, xde peluang nak gi.
    member aida gi. dia dpt la bergambar duet dgn SR hu hu hu jeles!!!

    ReplyDelete
  8. bestnye,,,kt xpenah g tgk teater...teringin gak sesekali..ehehe

    ReplyDelete
  9. kiter dah tengok..tapi time tu Fathia diganti dengan pelakon lain..OK jugaklah.tengok sebab Syarul tu lah..haha.

    ReplyDelete
  10. best nyerrr..tak sabar nak masuk IB khamis ni!!

    ReplyDelete
  11. Best nya Nieyl dapat tgk Syarul Ridzwan secara liveeeeee! BS nak pergi tapi gaji tak masuk lagi. Terasa menyesal sangat. Sedih nyaaaa :'(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)