Petua Cantikkan kuku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Actually kan,nieyl memang ada masalah kuku..
tangan nieyl jenis kering,so..kalau dalam handbeg atau kat office tu..
bermacam² jenis lotion ada..
sebab memang kena kerap pakai..kalau tak..
Habis tepi² kuku terkopek..
dan lagi satu orang kata sebab kita kurang minum air..
jadi,setiap 30minit nieyl akan minum air kosong...

dan nieyl ada terjumpa petua nak cantikkan kuku..
ha..nieyl nak try nie....n share dengan semua :)


1. Bersihkan Dengan Limau Nipis/ Lemon 

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, cukup sekadar menggunakan limau nipis atau lemon sebagai ramuan utama rawatan. Belah limau nipis atau lemon kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kuku dan jari jemari. Biarkan selama dua hingga tiga minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan dua kali seminggu, kuku dan jari tampak bersih dan cantik.

 2. Minyak Zaitun/ Kelapa Dara 

Kuku pecah dan kulit jari kasar membuatkan wanita kurang keyakinan diri. Usah biarkan masalah ini berlarutan. Gunakan minyak zaitun atau kelapa dara untuk merawat kuku pecah dan kulit kasar. Oles minyak tersebut pada kulit setiap malam sebelum tidur. Urut tangan dan kuku secara perlahan-lahan, ia juga membantu melancarkan perjalanan darah.

 3. Khasiat Bawang Putih

 Bagi anda yang mempunyai kuku rapuh dan mudah patah, cuba petua ini. Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Kemudian, gosokkan pada kuku. Lakukan petua ini setiap hari atau selang sehari. Kuku bukan sahaja menjadi lebih kuat malah berkilat.

 4. Belimbing Buluh Atasi Kuku Kusam 

Kuku kusam dan kering mudah pecah dan tampak tidak elok. Jangan susah hati, lakukan petua ini. Gosok kuku dengan belimbing buluh dua kali seminggu. Selepas itu, rendamkan jari seketika di dalam air yang dicampurkan garam bukit. Kuku akan beransur sihat dan cantik dalam masa yang singkat.

 5. Daun Kangkung Putihkan

 Kuku Adakala kuku kelihatan comot dengan kesan kotoran yang sukar tanggal seperti dakwat pen dan minyak hitam. Ia meninggalkan kesan yang mencacatkan penampilan wanita. Bagi membersihkan dan memutihkan kuku, gunakan daun kangkung. Tumbuk daun kangkung sehingga lumat, kemudian gosok pada kuku. Biarkan sehingga 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air bersih.

 6. Potong Kuku Secara Konsisten 

Kuku panjang dan tidak bersih mudah mengundang bakteria. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan kemas. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.

 7. Gunakan Sarung Tangan 

Selain mengamalkan petua di atas, penjagaan kuku tangan mesti dilakukan secara berterusan. Amalkan menggunakan sarung tangan ketika berkebun dan membasuh pinggan atau barang menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia. Ia menyebabkan kulit menjadi kering dan kuku mudah patah.





  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. sy pun ada masalah kuku , tp sllu guna inai...dengan gosok guna bwg putih..mmg cantik...info yg bagus ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu..selalu berebut dengan member nak bagi kilat kuku dengan seramik..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau Nieyl nak tahu anak-anak kakak suka gigit kuku tau
    Walau dah tepis nanti bila khusyuk membaca ke, tonton tv ke dia tahu-tahu jari dah kat mulut.
    Macam itu memang susah nak dpt kuku cantik.. tips ini pun rasanya tak boleh menjadi buat anak kakak.

    ReplyDelete
  4. eh same nieyl....tapi akak kering bukan sebab ape...kering sebab dok gaul ikan ayam dgn kunyit hahaahahahahaah....tu pasal akak suke pakai inai...ni inai nak abis dah leh le tepek balik...ala2 feeling2 panten baru...hahaahahah

    selamat tahun baru 2016 nieyl...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...