Boleh Matikan Handphone Ketika Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sedang mencari idea nak buat projek MIL..
tetiba terpandang satu soalan yang sangat menarik untuk share kan...


Soalan: Bolehkah sekiranya kita mematikan telefon bimbit yang berbunyi kerana khuatir mengganggu jemaah yang sedang bersolat?

Jawapan : Sebahagian daripada kita menganggap bahawa pergerakan untuk mematikan bunyi deringan telefon bimbit boleh membatalkan solat seseorang. Namun adakah ia benar? Para ulama telah membahagikan pergerakan-pergerakan dalam solat ini kepada lima bahagian.


Pertama : Pergerakan wajib iaitu pergerakan yang menentukan sahnya solat seseorang. Sebagai contoh seseorang yang memulakan solat dan tersalah pada arah kiblat iaitu dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Kemudian datang seseorang yang menegur atau membetulkan maka pergerakan di sini menjadi wajib.

Kedua : Pergerakan sunat iaitu pergerakan untuk menyempurnakan lagi solat. Sebagai misalnya, seseorang yang sedang solat berjemaah mendapati ada ruang kosong di bahagian hadapannya, maka memenuhi ruang kosong di hadapan itu adalah sunat.

Ketiga : Pergerakan harus iaitu bergerak kecil kerana hajat atau pergerakan banyak atas sebab darurat. Sebagai contoh, ketika seseorang itu solat di bawah matahari yang panas terik dan dia bergerak ke kiri, kanan, ke hadapan dan ke belakang atau meletakan kain pada tempat sujud maka pergerakan ini dianggap harus dan boleh menjadi sunat.

Keempat : Pergerakan makruh iaitu bergerak tanpa hajat seperti memerhatikan jam tangan, mengambil barang pen yang terjatuh dan lain-lain. Kelima : Pergerakan haram iaitu pergerakan yang banyak dan berturut-turut.

Kesimpulannya, pergerakan kecil untuk menutup bunyi deringan telefon bimbit adalah dibolehkan kerana ia daripada bahagian pergerakan yang harus. Bahkan boleh jadi ia menjadi wajib. Ini kerana deringan bunyi yang kuat akan mengganggu para jemaah dan menghilangkan kekhusyukan dan terdapat kaedah fiqh yang berbunyi, tidaklah yang menyempurnakan sesuatu kewajipan itu melainkan dengan melakukan perkara tersebut akan menjadi wajib. Hukum ini tidak terpakai pada pergerakan untuk melihat nama atau nombor telefon pemanggil.

Soal Jawab ini pernah disiarkan dalam Majalah i edisi Februari 2015. 


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Isu ini juga pernah tersiar dalam tv tak ingat rancangan apa waktu itu

    ReplyDelete
  2. thanks share kak..kalau sally la prefer padam sebelum solat..

    ReplyDelete
  3. bgus info ini.. mmg pernah terfikir, cmne ye klu tgh solat bunyi enset kuat.. lagi2 lagu jiwang karat.. mekasih byk2 info ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...