Wanita..Lapar..Waktu Malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi semua...
semua dah breakfast ke?Alhamdulillah...
so,pagi ni nak share info bab makan...
wanita..wanita...sila baca yea :)


Kenapa kita kerap lapar bila tiba waktu malam ??

1. Stress
 Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak. 

 2. Salah tafsir 
rasa haus dengan lapar Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.

3. Waktu makan tak tetap 
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.

 4. Suka makan gula 
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.

 5. Amalan ringan elak makan malam 
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. alahai susah nak buang tabiat makan waktu malam ni. selalu je lapar TT__TT

    ReplyDelete
  2. tapi nieyl, nak kawal berat badan elak makan mlm yg berat2....tu le tips akak.... tak dpt kurus, dpt menten pun jadi le kekeekekeke...kalo lapo minum jek susu heheheheehe

    ReplyDelete
  3. sy perlukan mknan waktu mlm tu kekalkan berat sy ni huhuhuh

    ReplyDelete
  4. tgh usaha elak mkn mlm ni..berat makin menjadik2..hihi..

    ReplyDelete
  5. Stress memang suka makan..
    Lagi stress lagi banyak makan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. mcm akak skang nie dimaafkan kan kalau makan waktu malam..kan kan kan kan..saje nak carik alasan..hahaha..

    ReplyDelete
  7. aida ni x boleh tak makan mlm!
    kalau x makan, the next morning tu mesti perut masuk angin :( hu hu hu...
    tapi tu la, tak elok ekk makan mlm.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...