Tanda Air Kurang Dalam Badan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


1. MULUT KERING 
Antara tanda mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula. Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap. 

 2. KULIT ANDA KERING
 Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh. 

 3. SELALU RASA DAHAGA
 Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda. 

 4. RASA SAKIT PADA SENDI
 Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan 'mengisar' antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh. 

 5. JISIM OTOT BERKURANGAN 
Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman. 

 6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK 
Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau 'mesin' ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba 'menarik' sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula. 

 7. LETIH DAN LESU 
(Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?) Bila dah tubuh anda terpaksa tarik cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah. Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang stay segar!

 8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN 
Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.

 9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?) 
Bila tubuh kekurangan air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya. Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!


Nieyl ada sesuatu untuk follower nieyl..
Nantikan..

Siapa cepat..dia dapat :)


-LOVE nieyl-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. Fida kalau kurang minum air..mesti rasa kering tengkok..
    Jemput singgah dan join segmen Fida buat yer Nieyl
    http://iampiegirl.blogspot.my/2015/11/segmen-bloglist-dec-15-jan-16-by-afidah.html

    ReplyDelete
  2. kebanyakan tanda tu saya ada..huhu..kena tmbhh lg la ni..huhu..

    suprise ape tu?? hehe

    ReplyDelete
  3. dah selalu dah kurang air, nak minum banyak tu mlas hehe

    ReplyDelete
  4. Tq Neiyl atas tips yg bermanfaat tu...
    Tulah kan .....kita mmg tak perasan air dlm badan ni kurang ke dak....tambah lagi musim hujan ni mmg kurang minum

    ReplyDelete
  5. Sha suka minum tapi kalau minum banyak mesti nak kerap gi toilet..
    Kadang-kadang tu sampai mengganggu kerja.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. aida ni cukup susah nak minum air.
    selalu sgt terlupa.
    terpaksa buh reminder.
    nak kurus punyer pasal la ni hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. Sally ni lagi suka minum air daripada makan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...