Monumen Alaf Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Moh kita sambung story tempat yg nieyl pergi last week..
lepas pergi kat skyrides tu..nieyl ke Monumen Alaf Baru 
kat mana siapa tahu??hihi...masih lagi kat Putrajaya..
Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, . Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti. Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.

 Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan. Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.



Gambar masjid nie nieyl snap masa naik Monumen tu...
Rasa luas sangat permandangan kat situ...

Apa yang nieyl perhatikan sepanjang naik monumen tu..
setiap pagar kaca ada tercatat tahun dan peristiwa sejarah pada tahun tersebut...
bermula pembukaan Melaka..

Dan mungkin orang tak perasan, pada tiang monumen tu..
Terukir rukun negara kita..
nieyl naik tak sampai atas pun sebab gayat laaa..huhu...

So,tempat nie wajib dilawati bila sampai kat Putrajaya nie...
sebab sambil kita nak naik kemuncak tu...
kita boleh baca sejarah² ringkas negara kita :)


Okey berakhir sudah story nieyl last week lepak kat putrajaya :)
Semoga ianya memberi gambaran la apa yang ada kat putrajaya nie serba sedikit :)



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

15 comments:

  1. assalamualaikum dan selamat pagi nieyl
    wah teruja kaknoor nak naik jugak ni tpi bila lah nak ke putrajaya pulak, aduhh tapi kalau tak tinggi sngt ok lagi tk gayat sangat asalkan jangan tengok bawah ok lah..

    ReplyDelete
  2. tu laa nieyl...sini lawoo kalo jadi port photoshoot pengantin kan...view die cantik.... dpt view tasik ...masjid.....

    akak dulu mase gile makan kat umai tu selalu gak lepak2 situ....skrang dah jarang pi...eh dah lame kot tak pi sane...tgk entry nieyl ni buat tingin nak pi....

    ReplyDelete
  3. hari tu tak naik sebab dtg mlm..tutup sudah..huhu~

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak habis explore Putrajaya ni Nieyl..
    Adalah 3 kali kot akak sampai disini..
    Banyak rupanya tempat yg boleh dilawati ye..
    Tq info ni Nieyl

    ReplyDelete
  5. cantiknye putrajaya...kalau malam ngan lampu2 mesti cantik kan..

    ReplyDelete
  6. kite pun pergi situ hari sabtu lepas.... dlm putrajaya ni pun byk tmpt besh

    ReplyDelete
  7. 11 taon dok putrajaya.. kite pon tak penah naik. lalu jer huhu

    ReplyDelete
  8. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. nampak menarik lah, pic pun cnatik2

    ReplyDelete
  9. putrajaya? jauhnyaaa.. haha tapi teringin sangat nak pergiiii T_T

    ReplyDelete
  10. Ooohhh.. menarik jugak tempat nih.. sis jarang pergi putrajaya. jadik tak tau sangat ape yang menarik kat sana. next time boleh lah singgah kat sini. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  11. Monumen tu boleh naik yer..Ingatkan macam hiasan sahaja..

    ReplyDelete
  12. aida da pernah gi ni, nieyl.
    time belon panas tu :)

    ReplyDelete
  13. nak tanya lah.. ade any bayaran masuk x ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...