Kesihatan Telinga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman.
Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman.


Bahaya Fon Telinga 

Penggunaan fon telinga yang terlalu lama melebihi satu jam dan kerap adalah sangat berbahaya terutama dengan nada yang kuat. Ini kerana telinga anda hanya menumpukan kepada satu bunyi sahaja untuk difokuskan, salah satu sebab yang lain kerana fon telinga mempunyai beribu-ribu bakteria yang melekat padanya dari salah seorang pemakai. Cuba anda bayangkan jika anda berkongsi fon telinga itu dengan orang lain? Elakkan Lagu/Muzik Yang Kuat Kurangkan berada di kawasan yang mempunyai bunyi yang bising atau nyaring, pasti kan ketika majlis perkahwinan anda nanti pihak ‘deejay’ tidak memasang muzik yang terlalu kuat untuk diperdengarkan kepada tetamu.

 Bersihkan Telinga Dengan Kerap

 Selepas mandi bersihkan kawasan telinga dengan sempurna untuk memastikan tiada bakteria terlekat. Basahkan tuala dengan air suam kemudian bersihkan telinga serta kawasan sekelilingnya. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang anda dan si dia, anda boleh membersihkan kawasan telinga si dia. Jadikan ia rutin bulanan atau mingguan. Dengan cara ini akan lebih membuatkan si dia senang dan merasa dihargai. 

 Jangan Guna Benda Tajam 

Elak gunakan benda yang tajam sebagai alat untuk mengorek telinga anda, sebaliknya gunakan kapas telinga yang boleh didapati dikedai serta berkualiti. Tetapi jangan gunakan kapas telinga ini terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menyebabkan tahi telinga anda terkumpul lebih banyak di kawasan itu dan pasti kan anda tidak memasukkan kapas telinga melebihi 1sm dari telinga luar ke telinga dalam. Sebelum menggunakan kapas telinga ini, pasti kan ia baru dan tidak terdedah tanpa penutup. Kapas telinga yang berkualiti tidak akan menanggalkan kapas di hujung atau mudah patah ketika digunakan. Tegur pasangan dan nasihati dia untuk menjaga kesihatan telinga.

 Keluarkan Air Dengan Segera 

Kadangkala jika anda mandi, air akan memasuki lubang telinga. Segera keluarkan air yang berada di dalam telinga anda itu untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan juga kesan sampingan yang lain. Jika ada lelehan cecair yang tidak jernih atau berwarna, segera ke klinik berhampiran kerana mungkin ada jangkitan dalaman. Ini kerana telinga sangat berkait rapat dengan keseimbangan badan.


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Sakit telinga memang sangat sakit.
    Nak tidur pun tak boleh...
    Pernah kena masa kecik..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam Nieyl,

    Akak datang jejalan disini...haah kan telinga paling sensitif...balik nie nk korek telinga anak2..kehkehkeh

    akak ada tag Nieyl tuk segmen nie..

    http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/11/be-on-fixqrimaleks-bloglist.html

    Jom join jom...jgn marah tau... ;)

    ReplyDelete
  3. thanks sharing, awak. sangat berguna. :)
    rasa lain macam kalau dalam sehari tak guna earphone hehehe

    ReplyDelete
  4. heee. fon telinga tu habit Lissa. kurang sihat la telinga lissa ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. Telinga x bleh amik mudah kan.
    bleh ganggu kestabilan badan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...