19 November, 2015

Kenali jenis kulit muka kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wanita..kesihatan..kecantikan..
Tak boleh di pisahkan... tapi ada kalanya kita menghadapi masalah..
bila beli produk yang kita sendiri tak tahu..
sama ada ianya sesuai atau pun tidak dengan jenis kulit..
terutamanya kulit muka..
Even nieyl sendiri pun kalau nak beli apa² produk...
nieyl akan make sure jenis kulit nieyl dlu...
sebab pernah beli produk yg agak mahal harga dia...
bila pakai..muka jadi lebih teruk..

So,nieyl bukan nak jual produk apa² okey..
just nak share supaya kita tidak membazirkan duit beli produk yg mahal...
tapi tidak sesuai dengan jenis kulit muka kita..

"yang mahal tidak semestinya sesuai ngan kulit kita"
"mungkin yg murah itu lebih sesuai,macam kulit nieyl nie"

1. Normal 
Untunglah wanita yang memiliki jenis kulit ini. Kulit wajah seimbang dari segi kelembapan, ketahanan dan minyak. Tidak sukar untuk golongan berkulit normal memilih rangkaian produk yang sesuai. Kategori kulit normal adalah pilihan produk yang paling tepat. 

 2. Berminyak 
Kulit mudah berminyak dan tumbuh jerawat. Walaupun baru beberapa jam dicuci, kulit berkilat dan berminyak. Wanita akan rasa kurang selesa, solekan pudar. Pilih pencuci muka dengan PH yang rendah agar memudahkan minyak dibuang. Anda juga boleh pilih sebarang produk yang dikategorikan untuk kulit berminyak. 

 3. Kering 
Liang roma kulit jenis kering agak sukar dilihat selepas wajah dicuci. Kulit cenderung kering, melupas dan mudah ditumbuhi jeragat atau pigmentasi. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol. Ini membuatkan kulit wajah bertambah kering. Jangan memilih produk kecantikan yang mengandungi minyak. Pastikan selepas menggunakan penyegar, sapukan pelembap agar kulit terpelihara cantik. 

 4. Kombinasi 
 Jika sebahagian wajah berasa kering dan sensitif manakala sebahagian lain berminyak, itu lah petanda kulit anda jenis kombinasi. Biasanya kulit di Zon T berminyak manakala bahagian wajah lain cenderung kering. Elakkan pencuci wajah jenis sabun, gunakan gel pembersih yang lembut pada kulit, bilas dengan air suam. Inilah amalan terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi. 

 5. Sensitif 
Golongan berkulit sensitif sering mengalami iritasi. Kulit juga selalunya gatal dan berasa tegang apabila menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Ada juga yang mengalami alahan kulit yang teruk. Elakkan produk penjagaan wajah terutama pencuci yang mempunyai pewangi, bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.


Semoga tips yang nieyl share nie...
boleh beri sedikit pengetahuan pada semua :)

-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. saya kulit kombinasi atau normal kot? uhuh~

    ReplyDelete
  2. Mummy no5... sensitif sesgt.. kalo salah produk habis seluruh muka naik bintik2 merah macam ruam tu.. sanggup tak keluar rumah.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. saya jenis berminyak. tapi bila duduk dalam ekon terus jadi kering pulak huuuu

    ReplyDelete
  4. hi sis ☺
    I'm newbie and feel free to visit my page.
    hv a nice day..
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  5. Anak kakak jenis kulit berminyak mudah betul jerawat singgah.
    Risau juga Nieyl sebab dah beratus habis. Bersihnya sekejap aje
    Bila period mulalah tumbuh, dlm sebulan adalah dlm dua minggu baru nak bersih dah period lagi
    Gitulah ulang-ulang..

    ReplyDelete
  6. Kulit muka sis x banyak masalah. pakai produk ape pon ok. pencuci muka sis beli yg murah2 pon ok. janji boleh cuci muka. hahaha

    ReplyDelete
  7. Kulit muka kering tp nasib baik x de jerawat nieyl..bagus info

    ReplyDelete
  8. muka aida more to berminyak.
    tak boleh silap pakai kosmetik = jerawat mencanak-canak!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)