Hantaran Perkhawinan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

gambar pinjam sat dgn en.google

Okey semalam nieyl ada share tentang Mas Kahwin..
rasanya mana² yg belum kahwin tu..
dapat sedikit ilmu tentang Mas Kahwin...

Hari ini nak share sikit tentang HANTARAN..
kalau sebut hantaran nie semua orang faham..

Hantaran berbeza daripada mas kahwin di mana ianya tidak diwajibkan 
tetapi terpulang kepada pasangan untuk memberinya mengikut kadar yang dipersetujui.
 kalau ikut adat Melayu, wang hantaran bertujuan bagi mengurangkan beban isteri dan keluarga dalam membuat persiapan majlis perkahwinan. 

Selain itu, ia juga dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang tersayang. 
Jumlah duit hantaran yang ditawarkan pihak lelaki sebenarnya ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan semasa perbincangan bersama keluarga pihak perempuan.

Bilakah masa yang sesuai untuk pemberian wang hantaran? 

1.Selepas ikatan pertunangan atau dua bulan sebelum akad nikah
dengan memberikan separuh wang hantaran.
 Ini bertujuan untuk membeli barang persiapan kenduri.
Selepas majlis akad nikah diberikan yang selebihnya lagi.

2.Memberikan kesemua wang hantaran dua bulan sebelum majlis akad nikah.

3.Memberikan kesemua wang hantaran pada majlis akad nikah.

*wang hantaran nie sebenarnya kalau boleh, biarlah mengikut kemampuan,
pihak lelaki...dan yang penting sekali...please ye..jangan buat pinjaman bank
semata² buat duit hantaran dan kenduri besar²...nanti anak dah 4 5 hutang
tak habis-habis bayar lagi :)

Allah paling suka kalau hamba bersederhanaan :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. Perkahwinan itu perlu dipermudahkan, bukan dimurahkan...

    ReplyDelete
  2. saya wang hantaran dapat sebelum kenduri..banyak kena setel kan..tapi tak banyak pun mintak, ikut kemampuan..huhu~

    ReplyDelete
  3. sokong sangat part last skali tuh.
    jangan buat pinjaman bank semata2 utk kelihatan grand masa kawen.
    anak dah besar, hutang belom habes bayar lagi.

    ReplyDelete
  4. Kalau sayang pada pasangan kenalah ukur kemampuan kalau berlebih yg susah kelak mereka juga

    ReplyDelete
  5. dulu nak kawen pun akak dh ckp ngan somi akak..akak xkisah nak bg duit hantaran berapa..ikut kemampuan die..kang jadik terbeban pulak kat bahu die..hehe

    ReplyDelete
  6. kalau ikut asat melayu ada lah hantaran ni. saya dulu kahwin saya tak minta hantaran dari en.suami sebab tak nak susah2... wang hantaran pun saya minta untuk bawak saya pergi umrah....

    ReplyDelete
  7. zaman skang lebih elok da start trend hantaran / mas kawin dinar emas.
    dulu ada, tapi x meluas.
    skang ramai member aida buat gitu.
    tentang hantaran brg, penyeri majlis aje tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...