Garam laut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bila kulit berminyak,jerawat mudah tumbuh kan..
tahukah kita jika membasuh wajah dengan air garam boleh normalkan
 pertumbuhan sebum, yang menyebabkan munculnya jerawat?

Air garam yang mengandungi anti bakteria dan alkali secara luar biasa
boleh bebaskan kulit wajah dari serangan jerawat.
Tapi garam yang digunakan bukan garam dapur (table salt),
 ya. Garam yang digunakan adalah garam laut (sea salt).

hihihihi...


Bahan-bahan: 
100 gram garam laut 
250 air 

 Cara membuat: 
Didihkan air 
Masukkan garam laut, 
adun rata hingga larut 
Biarkan hingga suhu air sejuk


1. Sebelum membasuh wajah dengan air garam, bersihkan dulu wajah dengan pembersih yang biasa anda pakai. Biarkan pembersih meresap selama 30 saat. Kemudian basuh wajah dengan air sejuk untuk menghilangkan sabun di wajah.

 2. Masukkan tangan ke dalam air garam yang sudah dibuat. Sapu ke wajah. Biarkan 10 saat, kemudian sapukan air garam ini lagi ke wajah hingga air habis. Bilas dengan air, keringkan wajah dengan tuala bersih. Air garam ini boleh buat kulit kering, atasi dengan menggunakan pelembab yang tak mengandungi minyak (oil-free moisturizer) setelah kulit dikeringkan.

 3. Bagi kita yang mempunyai kulit terlalu kering atau kusam, anda tidak digalakkan guna cara ini. Jenis kulit tertentu boleh mengalami iritasi setelah membasuh wajah dengan air garam. Petua ini lebih sesuai untuk anda yang kulit berminyak.


selamat mencuba



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Anak sulung kakak rasanya sesuai utk buat ini
    Tapi itulah duduk di asrama mana ada masa nak buat itu semua Nieyl

    ReplyDelete
  2. Gud Info Nieyl... Mummy selalu gak basuh muka pakai garam ni, tapi tak tau apa function.. Suka sebab lepas basuh, kulit muka lembab dan licin je..hehhehe :D

    ReplyDelete
  3. kulit sy jenis brminyak.. boleh cuba guna cara nih.. hehehe tq sharing sis... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...