10 keistimewaan madu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

siapa suka makan madu?
ha..tahu x madu nie banyak khasiat dia..
bukan madu yang madu 3 tu yea...hihihi
Petang nie nak share khasiat madu pula dalam kehidupan seharian kita..


1. 'Top up' seri wajah 
Amalkan mengambil madu sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Cara yang paling digalakkan, tuang sesudu madu di atas tapak tangan. Kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Mulakan dengan kalimah bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan. Insya-Allah dengan usaha dan izin Nya, kita dapat memperoleh apa yang dihajati. 

 2. Lindungi & lembapkan kulit 
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat. Anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembap. 

 3. Awet muda 
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata. Kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka.

 4. Kulit jadi cantik 
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda. 

 5. Boleh lembapkan kulit 
 Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap. 

 6. Bunuh jerawat 
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Caranya mudah saja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang. 

 7. Kulit cerah 
Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberi anda ketenangan. Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambil merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata. 

 8. Atasi rambut gugur 
Rambut gugur normal, tetapi bukan senang untuk cari penawarnya. Tetapi anda boleh cuba tip ini: Campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul sehingga sebati, kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Rambut akan menjadi lebih sihat dan kukuh. 

 9. Rambut sihat 
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit. Selepas itu, syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih. 

 10. Bibir merah semula jadi 
Bibir merah bak delima pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tidak semua memiliki bibir seperti ini. Janganlah bersedih, ada cara untuk mencapai impian ini. Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu anda sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi lebih segar, lembap dan kemerahan.


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Hai nieyl
    Fida follow #645
    http://iampiegirl.blogspot.my/2015/11/rebut-wang-tunai-rm310-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete
  2. thanks share...guna madu je kalau nak cantik.tak payah skin care mahal-mahal kan...

    ReplyDelete
  3. Madu... makanan nabi.
    tak syak lg khasiat nyer....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...