05 October, 2015

Tips: Rambut Untuk Wanita Bertudung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wanita berhijab memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi
 berbanding mereka yang tidak bertudung. Betul tak?

Sebab kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca
kepada kerosakan rambut kalau tak kena cara penjagaannya.

 Untuk pastikan rambut anda kekal sihat dan cantik,
Jom tengok beberapa langkah yang mungkin dapat membantu anda
menangani masalah rambut bagi wanita berhijab.

  1. Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tak perlu rawatan mahal pun, cukup sekadar untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Jika sudah selesa dengan sejenis pencuci rambut, kekalkan. Tapi jangan kerap sangat tukar pencuci rambut nanti rambut rosak dan terlalu kering.
  2. Urut rambut dengan lembut sambil memicit kulit kepala. Gunakan air yang bersih dan bilas dengan sempurna. Sebaiknya cuci pada waktu petang. Tapi jika mahu mencuci rambut pada waktu pagi pastikan keringkan rambut dengan sempurna sebelum memakai tudung.
  3. Keringkan rambut secara semula jadi dengan menggosok tuala secara lembut dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan beberapa kali dan biarkan rambut kering. Cara ini dapat mengelakkan rambut yang bersimpul-simpul juga faktor mengapa rambut mudah rosak.
  4. Elak gunakan pengering rambut. Sekiranya hendak cepat, boleh juga gunakan kipas angin dan leraikan dengan jari.
  5. Jangan pandang remeh sebulan sekali periksa rambut jika ada sel yang mati atau hujung rambut terbelah.
  6. Gunakan rempah ratus yang kaya khasiatnya untuk merawat rambut. Kalau tak tahan dengan bau rempah ratus, anda boleh guna minyak kelapa yang dibuat sendiri atau buah-buahan.
  7. Pilih fabrik yang lembut dan mampu memberi pengaliran udara keluar dan masuk. Kain tudung yang memerangkap haba tidak elok untuk kulit kepala dan rambut.
  8. Elak pakai tudung yang berlapis terutama ketika melakukan aktiviti riadah. Semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala bernafas.
  9. Balik kerja atau beriadah, berehat sebentar bagi membiarkan kulit kepala bernafas dan kering. Jika berambut panjang buka ikatan terlebih dahulu sebelum mencucinya seperti biasa.
-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. thank you for the sharing.. ada yang buat, aad yang takk...

    patut rambut tak berapa nak sihat... heee

    ReplyDelete
  2. rambut tengah basah jangan pakai tudung..huhu.kalau tak nanti berbuah

    ReplyDelete
  3. Kakak ada masalah rambut gugur Nieyl.
    Lagi satu tak rajin nak berherba bagai macam tips diberikan tu
    Jadi langkah kakak nak elak gugur biasa tak bagi rambut panjang lebih dari paras bahu

    ReplyDelete
  4. nieyl yg comel :)

    aida pun cuci rambut 2-3 kali sehari.
    then bagi kering bebetul.
    rambut tebal!

    ReplyDelete
  5. eh salah....
    2-3 kali seminggu.
    sehari plak :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)