Petua Hilangkan kedut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada tak garis halus mula kelihatan jelas pada wajah di bahagian mata,
 dahi dan sekitar mulut selari dengan peningkatan umur kita. 

Jom atasi dengan cara sama ada perawatan moden atau cuba petua
alami yang dapat membantu 'ketepikan' penuaan.
Untuk dapatkan hasil yang terbaik, mesti disiplin lakukan petua ini...


1. Buih putih telur 

Pecahkan telur, asingkan bahagian kuning dan putih. Ambil buih-buih yang terdapat pada putih telur. Sapukan pada wajah yang bermasalah sebelum tidur. Biarkan semalaman, keesokan harinya cuci wajah dengan air sejuk. Lakukan setiap hari, kedutan akan berkurangan. Begitu juga dengan garis halus. 

 2. Tidur & rehat yang cukup 

Walaupun mengamalkan pelbagai petua dan mengambil suplemen, anda kena dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Ketika tidur, tubuh dan minda berehat. Ini waktu terbaik menggantikan sel kulit baru. Cukup tidur dan rehat juga membuatkan wajah serta tubuh segar dan bertenaga. Secara semula jadi, anda akan kelihatan sihat dan ceria. 

 3. Uncang teh hijau

Amalkan minum teh hijau setiap hari. Uncangnya jangan dibuang, tekapkan pada bahagian mata. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit. Bilas bersih, mata akan kelihatan bercahaya, segar dan kedutan akan berkurangan. Uncang teh hijau juga antara cara terbaik untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. 

 4. Vitamin E kena utamakan 

Amalkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin E adalah rahsia awet muda, melambatkan penuaan dan membuatkan kulit tampak cantik secara semula jadi. 

 5. Air putih 2 liter sehari Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari terutama ketika cuaca panas. Air putih yang cukup menjadikan kulit lembap dan sihat. Ini juga cara untuk buang toksin dalam badan sekali gus menentang penuaan. 

 6. Masker buah-buahan

 Khasiat buah sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan. Buah-buahan juga boleh digunakan sebagai masker. Lenyek buah betik, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga 20 minit, bilas bersih. Buah strawberi juga boleh digunakan sebagai masker, kaedahnya sama seperti buah betik. 

 7. Jangan tinggalkan pelembap 

Nak kekalkan kelembapan dan keremajaan kulit, sapukan pelembap sekerap mungkin. Bukan susah, janji sebelum tidur anda boleh sapu sedikit pelembap atau serum.

Walaupun umur belum masuk 30-an..
persediaan tu kena ada kan dari sekarang..
nak try laaa.... :)

-LOVE xox-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. menarik ....
    cam ai ni mmg amalkan Vita C dan Vita E shaklee untuk kekal muda dan sihat ....
    jgn tatau ramai terkejut bila tgk anak bujang ai yang 7 thn tu ... hahahhaha
    nak info lanjut mai PM eima 0129220376

    ReplyDelete
  2. lepas ni muka muda berseri jela kan...hahahah

    ReplyDelete
  3. vitamin E mmg membantu. yg lain sy xpernah try. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...