Lemak Lembik tu apa?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai uolls..hari ini cuba untuk senyum dengan semua orang...
walaupun mood hari ini ke laut...cuba mempositifkan diri... :)

Okey lah pagi ni nak share pasal KEGEMUKAN..
Ha..sbb nieyl ni pun bukan la kurus sgt pun...
ada jugak lemak² merata tempat...tapi lemak air :)
Korang pernag lihat tubuh orang yang gemuk dan lemaknya lembik dan menggeleber?
 Bila berjalan pantas atau berlari, nampak bergoyang-goyang. Inilah yang dikatakan gemuk air.
Satu lagi cara untuk kenal pasti gemuk air ini ialah dengan menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam. Sekiranya berlaku perubahan berat sekitar satu hingga dua kilogram,
hmm...betul lah tu gemuk air..

Ada berita baik, katagori gemuk ini lebih senang kurus berbanding gemuk dek lemak.





Sebab terjadinya gemuk air :
  1. Perubahan tekanan di dalam kapilari atau masalah dinding kapilari bocor sehingga menyebabkan air terkumpul di dalam tisu dan membengkak. 
  2. Sewaktu kehamilan atau menstruasi
  3. Kurang bersenam 
  4. Kegagalan buah pinggang 
  5. Pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi Kekurangan protein yang serius 
  6. Kegagalan fungsi jantung menyebabkan ia bekerja lebih kuat. 
  7. Tekanan ini menyebabkan masalah kegemukan air di bahagian tapak kaki, betis dan paru-paru.
  8. Banyak mengambil makanan tinggi sodium (garam) dan gula Pengambilan ubat-ubatan seperti terapi penggantian hormon, pil perancang keluarga dan sebagainya.


Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang gemuk air ? 


  1. Ambil lebih makanan yang mengandungi fiber atau serat. Paling mudah buah-buahan dan sayu-sayuran, Serat akan 'menarik' air semasa penghadaman. 
  2. Kurangkan garam - garam jika diambil berlebihan akan menyerap air. Jangan lebih dari 2.5 g sehari. 
  3. Tingkatkan senaman untuk keluarkan peluh. 
  4. Banyakkan minum air - untuk keluarkan air. 
  5. Sauna- cara ini juga membantu membuang air berlebihan.

Jom Sihat!

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

13 comments:

  1. Betullah logiknya pun Nieyl kalau lemak susah nak buang tapi kalau air senang sikit
    Kakak ni gemuk lemaklah agaknya Nieyl hihi.... joging tiap hujung minggu pun masih tak susut-susut
    Makan taklah banyak mana tapi itulah dah tua metabolism dah lemah susah nak susut kalau badan naik
    Lain macam Nieyl muda lagi senang..:)

    ReplyDelete
  2. orang kata kalau nak kurangkan air dlm badan kena banyakkan minum air hehehe.. betul jugak kan

    ReplyDelete
  3. ikut tips yg nieyl beri ni insyaAllah xgemuk air ya...tksh kongsi info.

    ReplyDelete
  4. mommy antara yg kena gemok air. haha ngandung naik sampai 22kg. air ketuban pon banyak..- mommy irra

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi info yang bermanfaat ni Kak Nieyl, insyaAllah AK praktikkan semua yang boleh :) AK pun bukannya kurus sgt hehehe, tembam mcm teddy bear jugak hehe :D

    ReplyDelete
  6. aih.. ! takut pulak bila baca puncanya...

    thank you for the sharing..

    ReplyDelete
  7. Owhh gini plak lemak air..prnh juga Lya nmpk org mcm ni.

    ReplyDelete
  8. bagus info ni. boleh share dengan kawan2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...